Selepas wafat nya Saidina Rasulullah , Saidina Bilal bin Rabah telah meminta izin dari khalifah Saidina Abu Bakar untuk meninggalkan Madinah . Saidina Abu bakar telah memberi izin kepada Saidina Bilal untuk meninggalkan Madinah.
Sebelum meninggalkan madinah di tatapi nya buat kali terakhir kota madinah di mana satu masa dulu dia dan Saidina Rasulullah berkongsi suka dan duka.
Saidina Bilal menetap bersama keluarga nya di Syria,sungguh sukar bagi Saidina Bilal untuk melupakan kenangan bersama Saidina Rasulullah .Sekian lama nya Bilal menetap di syria .
Satu hari Saidina Rasulullah muncul di dalam mimpinya " wahai Bilal keras sungguh hati mu,kenapa engkau tidak menziarahi aku". Lantas Saidina Bilal terjaga dari tidur nya dengan deraian air mata,sehingga seluruh keluarga nya terbangun.
Saidina Bilal menceritakan kepada ahli keluarga nya apa yg terjadi, ahli keluarga nya menyuruh Saidina Bilal menziarahi makam Saidina Rasulullah.
Semasa Saidina Bilal dalam perjalanan menuju madinah, air mata nya tidak henti2 mengalir.Dia tidak berhenti di mana2 agar cepat sampai di madinah.
Setelah beberapa hari Saidina Bilal sampai di makam Saidina Rasulullah lantas memberi salam " Asalamualaika ya Rasulullah" . Air mata nya terus mengalir.
Tiba2 datang Amirul mukminin syaidina Abu Bakar memeluk Saidina Bilal dari belakang untuk menenangkan Saidina Bilal,sehingga reda tangisan Saidina Bilal.
Bilal,alang2 kamu sudah berada di sini laungkan lah Azan untuk kami,rayu amirul mukminin . Tidak wahai amirul mukminin,jawab Saidina Bilal.
Laungkan lah azan,kami rindu akan suara kamu,pinta Saidina Umar, Saidina Bilal mengelang kan kepala.
Tiba2 datang lah dua orang cucu kesayangan Saidina Rasulullah iaitu Saidina Hassan dan Saidina Husin," Pak cik Bilal,laungkan lah azan sebagai mana pak cik laungkan nya di masa datuk kami masih ada.
Di peluk nya kedua_dua cucu kesayangan Saidina Rasulullah itu lantas di cium nya. Sebentar tadi aku baru menolak permintaan Khalifah dan permintaan Saidina Umar, aku takut untuk menolak permintaan kamu berdua,aku takut nanti Saidina Rasulullah akan menolak permintaan aku.
Saidina Bilal naik ke atas menara,di tatapi nya satu persatu tempat kenangan bersama Saidina Rasulullah sambil air mata nya mengalir laju.
Allahu Akbar , Allahuakbar..
Terdiam seluruh penduduk kota madinah mendengar alunan suara azan tersebut.suasana penduduk kota madinah masa itu sangat terkejut.
Asyhadu ala ila haa illallah
Abu I'sa Rasulullah.
Apakah Saidina Rasulullah di bangkit kan semula bisik mereka.
Asyhadu ala ila haa illallah.
Tangisan penduduk kota madinah kian pilu,mereka terkenangkan saat mereka bersama Saidina Rasulullah, Saidina Abu Bakar , Saidina Umar dan penduduk madinah menitiskan air mata.kerinduan pada suara agung itu kembali lalu mencetuskan satu situasi yg tercatat sebagai sejarah buat umat akhir zaman.
Asyhadu anna Muhammad Rasulullah.
Terus Saidina Bilal tersungkur tidak dapat meneruskan azan nya lagi,lantas di sambut oleh syaidina Abu Bakar dan Syaidina umar," mengapa Bilal?".
Waktu tengah azan tadi sehingga aku menyebut nama kekasih ku,aku terlihat kelibat Saidina Rasulullah keluar dari rumah untuk solat berjemaah bersama kita.
Aku rindu Saidina Rasulullah.
Aku rindu Saidina Rasulullah.
Aku rindu Saidina Rasulullah.
Berlenangan air mata para sahabat dan penduduk kota madinah apa bila tukang azan Rasulullah pulang ke kota madinah untuk mengubati kerinduan nya kepada Junjungan Besar Saidina Muhammad S.A.W.
Rindu kah kita kepada Saidina Rasulullah?
Jangan lupa 12 Rabiulawal.
Salam Maulidur Rasul.
Menangis lah wahai sahabat,agar kerinduan kita pada Rasulullah terubat.