Tangan Emas


Petang tadi masa aku balik, aku lalu padang bola. Padang ni aku main bola dari sejak kecil lagi. Tapi hari ini aku datng bukan untuk bermain bola. Aku terkenang zaman aku main bola sepak.Masa sekolah, dulu aku akan balik rumah dengan baju yang sangatlah kotor. Berbau lumpur.

Aku bermain di posisi penjaga gol.Bakat aku menjaga gol terserlah semasa aku di tingkatan 1 lagi. Masa tu aku main di posisi itu disebabkan aku lari lembab. Kawan-kawan aku suruh aku jadi golly je.Tapi tak sangka susah betul mereka nak jaringkan gol. Nama aku di pilih menjadi golly sekolah disebabkan satu pertandingan bola sepak 7 sebelah antara kelas. Kelas aku main 1 game.Tapi aku dapat selamatkan pintu gol aku dari 5 sepakan penalti yang boleh di katakan dahsyat la.Sampai la aku tingkatan 5 aku mewakili sekolah.

Di kolej aku teruskan juga bermain bola. Masih di posisi yang sama. Sekali lagi nama aku menjadi sebutan apabila aku menjadi wira untuk pasukan aku. Masa tu karnival bola sepak kolej. Bayangkan aku tak bolos langsung dalam peringkat kumpulan dan secara auto team aku layak ke separuh akhir. Perlawanan separuh akhir kami menang dengan sepakan penalti. Sekali lagi aku ulangi sejarah form 1. Aku berjaya tepis 3 dari 4 sepakan penalti. Tetapi pasukan aku hanya dapat masuk final sahaja. Kami tewas 1-0 dalam perlawaan akhir. Tetapi masa tu aku cukup bangga.

Tetapi hari ini aku tinggalkan bola sepak.

Kenapa? Kerana aku dah tak mampu membawa pasukan aku untuk ke final futsal kolej. Kerana aku tercedera ketika aku sepatutnya ke kuantan untuk mewakili kolej. Aku benci itu semua. Bola sepak bagi ku adalah darah daging, dengannya aku berhibur,dengannya aku dikenali, dengannya aku kecewa..

Sampai sekarang orang akan kenal aku sebagai goalkeeper, di kampung dan juga di kolej. Aku masih lagi diajak untuk bermain untuk pertandingan, tetapi aku menolak. Kerana aku sedar aku bukan seperti dulu lagi.
Selamat tinggal goalkeeper cemerlang..
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

2 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Filem susuk

Oh mat Ganja