Tersilapkah aku?

HAri ini aku menghadiri temudaga di wisma negeri. Jawatan yang di tawarkan adalah pembantu akauntan W17. Aku pun bersiap sedia dengan segala nota untuk aku baca sementara menunggu giliran. Banyak juga yang aku hafal. Memang kali ini aku prepare lebih sikit. dengan harapan dapatlah kerja tu.

Tiba giliran aku. Risau pun ada juga. Masuk sahaja aku seperti biasa memperkenalkan diri aku. Ada dua pegawai yang menemuduga aku. Perempuan dan lelaki. Lelaki tu agak kelakar sikitlah. Selalu cuba trick aku. Setiap jawapan aku dia cuba untuk menyangkal seolah-olah nak menguji keyakinan aku.

Soalan daripada yang wanita tentang isu semasa. Aku tidak menyangka di akan bertanyakan tentang harga minyak. Lama kelamaan dia beralih pada isu debat DSAI dengan Shabry Chik tu.

Soalan cepu emas..." Antara pedebat malam itu siapa yang menang?"

Aku agak tergamam. Mahu jawab yang benarkah atau pun yang hipokrit. Aku percaysa tentang kejujuran. Aku menjawab DSAI. Perbualan kami lebih hangat setelah mendengar jawapan aku. Soal ekonomi, soal petronas, dan harga minyak. Aku seolah-olah menjadi klon DSAI.

Tetapi aku mula risau keran takut itu hanya umpan mereka untuk tahu samada aku menyokong dasar kerajaan.

Soalan tentang akaun hanya diberi soaln yang mudah. Credit sale dan credit purchase. Aku juga di tanya sangguokah aku bekerja dengan kerajaan jika Pakatan Rakyat yang jadi kerajaan. Secara berseloroh sku menjawab hayna bekerja untuk negara Malaysia.

Sampai di rumah aku sangsi, walaupun dalam keadaan gelak semasa temuduga tadi mungkin ada hikmah di sebalik kejadian tadi. Bismillahitawakaltu alallah....
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Dendang anak

Komik Hong Kong