Isnin, 22 September 2008

Alhamdulillah

September 22, 2008
Hari ini dengan keadaan agak mengantuk aku pergi ke internet cafe. (internet rumah kene potong). Niat aku nak semak keputusan temuduga yang aku hari itu. Aku pun click. Dan ini yang keluar.


Kod Skim Jawatan Tarikh Temu Duga
Keputusan Temu Duga

3436
PEMBANTU AKAUNTAN GRED W17 12/8/2008
Tahniah ! Anda telah berjaya dan surat tawaran akan dikeluarkan oleh Kementerian/Jabatan berkenaan.
Kementerian/Jabatan : JABATAN AKAUNTAN NEGARA MALAYSIA, BHG. PENGURUSAN KORPORAT & SOKONGAN ARAS 7, LOT 2G1A, PRECIENT 2, KOMP. KEWANGAN, 62592 PUTRAJAYA.

Keputusan muktamad adalah berdasarkan kepada surat pemberitahuan rasmi yang akan dikeluarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.

Best betul pagi ini. Nampaknya jadilah aku nak puasa 6 tahun ini.

Isnin, 8 September 2008

Dendang anak

September 08, 2008


Dendang anak ni mendendangkan lagu-lagu ketuhanan. Mereka lebih kurang kopratasa. Sesiapa yang cuba melayan lagu-lagunya sepenuh hati tentu tersentuh. Dendang anak yang di paparkan ini adalah dari Terengganu.

Di Melaka juga mempunyai kumpulan dendang anak yang dikelolai oleh Encik Fadzil dan juga Tok Sidang.

Kepada semua marilah kita hayati lagu dendang ini bersama-sama lirik ketuhanan yang mempunnyai pengertian yang amat mendalam. Kelebihan dendang anak ini adalah kerana gabungan alatan muzik tradisioanal dan baru serta kekuatan liriknya.

Ahad, 7 September 2008

Dia dah pergi..

September 07, 2008
Pada malam ramadhan yang pertama aku wish kat semua orang selamat menyambut ramadhan. Aku pun terima reply yang banyak dari wish itu. Tidak terlepas juga aku wish pada Si dia yang bergelar R dalam hidup aku..

Tidak berapa lama selepas itu aku menerima maklum balas dari dia. R akan mendaftar di POLPOL KL pada esok harinya. Katanya aku dan dia tidak dapat berhubung selama setahun selepas ini.

Aku peduli apa...

Jadi juga dia polis. Satu pekerjaan yang paling aku tidak gemar. Aku tahu kerjaya itu adalah pilihan terakhirnya. Malam sebelum R mendaftar kami sempat berbual dalam telefon.

Walaupun aku cuba menidakkannya tapi jauh di sudut hati aku masih teringat pada dia.

Semoga berjaya R...