
Gym di Hotel EQ ni lengkap jugalah. Walaupun mesin untuk latih kaki tak cukup, tapi masih boleh jika hendak latih kaki. Gunakan mesin barbel yang panjang tu. Boleh buat squat berat-berat.

Memandangkan aku balik Melaka, jadi jadual gym aku tak dapat diikut secara tepat. Kebaiasaan aku jadual aku begini:
Isnin- Shoulder
Selasa- Chest
Rabu- Back
Khamis- Cuti
Jumaat-Arm
Sabtu-Overall
Ahad-Overall atau cuti saje. (",

Tapi minggu ini aku hanya dapat ikut sampai hari rabu saja. Jadi hari ni aku terpaksa qada' untuk semua sebab memandangkan aku akan ke Batu Pahat esok.
Berborak dengan instructor di gym Kementerian Belia Sukan, dia bagi tips nak buat sixpack kat perut. Jangan sentuh gula dan minyak. Dalam sebulan pasti nampak kesan. Kalau nak manis, hanya manis buah-buahan. Aku dah cuba, tapi tahan 12 jam je.
Majulah sukan untuk badan aku.....
Tags:
sport