Menulis Bukan Kerna Nama

Ahad, 3 Mei 2009

Pergi JB!


Johor Bahru ni antara tempat yang jarang aku pergi dalam dunia ni. Pergi JB kali ni dengan tujuan lawat cik esah dan family kak filzah. Atas direction abah, kitorang pun berjayalah disesatkan olehnya.

Setelah beberapa titik peluh aku jatuh, barulah abah suruh acik call kak filzah. "Kak, kami dah sesat dah, bestkan!" kata acik.

"La kat mana?" tanya kak Filzah.

" Kat sebelah JB Plaza. Berdepan dengan KTM JB," kata acik.

"Merlin Towerlah." tiba-tiba abah sampuk.

" Depan ni dah woodland," kata acik lagi.

"Merlin Towerlah bagitau," sampuk abah lagi.

Berkali-kali abah suruh acik bagi tahu kak filzah tentang Merlin Tower tu. "Dah abah nampak Merlin Tower tu bangunan paling tinggi kat sini, senanglah kak filzah nak cari.



Sampai rumah cik esah, lepak kejap. sambil makan nasi lemak. Dengarlah story cik esah pasal cik sa'ari. Sedih juga. Tapi kejap je la. Pastu aku duduk dengar cerita orang dewasa lelaki. Biasalah cerita politik, sana tak betul, sini tak betul. Aku layan saja. Padahal, berat juga kepala otak aku nak masuk apa ddorang cakap.


Habis saja lepak rumah cik esah, terus kami tembak ke rumah kak filzah. Rumah dia ni aku tak pernah pergi, pasal dorang baru je pindah. Tapi bestlah wallpaper rumah dia. Cun beb, memang ni aku sure idea abang adan. Respectla kat idea dia. Sambil lepak kami di hidangkan pula spegeti power kak filzah. Aku ni memang jarang nak makan spegeti. Tapi power betul spegeti kak Filzah ni, 2 pinggan aku bedal.

Kami balik sampai ke parit osman pukul 6, letih sungguh badan aku. Pasal aku aje yang konon boleh drive. Yang lain tu, semua ambil lesen tidur dalam kereta. Penat siut!!!!!

Tapi best lah juga, sebab lama tak jalan-jalan dengan family. Lama juga tak jumpa kak filzah and da family. Dulu jarang borak dengan abang adan. Tapi sekarang dah banyak borak dah. Petang semalam aku tengok-tengok kebun yang luas tu. Apa aku nak buat kat kebun ni.

Aku ingat nak buat zoo lah kebun ni. Orang parit Sulong ni tak pernah pergi zoo..!


Tadi sebelum balik aku ajak ibu dan acik singgah Muar, nak cari mee bandung. Akibat terpengaruh rancangan warung kita kat astro tu, aku tawaflah satu muar cari mee bandung special kat jalan Arab. Tapi tutp pula. Aku singgah warung Reney (masuk juga rancangan warung kita ).
Kami order 3 mee rebus.

Satay Campur

Memang best, pagi-pagi makan satay. Walaupun mahal sikit, tapi kesedapannya membuat aku lupa pada kemahalannya. Nanti kalau aku datang Muar lagi aku nak cari juga mee bandung. Tak pernah rasa, tu yang nak cuba. Entah bila aku akan datang Muar ni aku tak tahulah.

Teringat dulu masa duduk kat Muar. Masa tu tahun 1992. Sanggup aku naik basikal pergi ke pekan, semata-mata nak beli komik Alam Perwira. Ni pengaruh angahlah.

Bandar Maharani....
Share:

2 comments:

Tanpa Nama berkata...

ya, kita jnaik basikal dengan budak yang macam muka bosnia tu kan

HLiza berkata...

Jeles jeles! Nyampah tak dpt ikut!