Saya Anak Malaysia !




Kursus Biro Tata Negara tealah membawa aku ke tempermainan aku suatu ketika dahulu. Inilah rumah api. Satu ketika dahulu semasa aku berumur 6 tahun, aku pernah bermain-main di kawasan ini.

Kuala Selangor, akhirnya aku kembali. Aku rasa sangat teruja dengan pekan ini. Aku pernah tinggal di sini. Banyak kenangan terimbas apabila aku berdiri di Bukit Melawati. Satu persatu peristiwa terimbas.

Aku sempat menjenguk rumah lama aku, dah jadi rumah hantu dah. Lama agaknya ditinggalkan.

Cerita pasal kursus. Memang letih, tidur tak cukup. Tapi fun juga la. Banyak cerita pasal patriotik la. Hak-hak rakyat malaysia diperjelaskan. Memang aku akui ramai manusia sebaya aku dah lupa tentang sejarah kemerdekaan.

Pentingnya pengetahuan tentang serjarah kemerdekaan tanah melayu kerana kita adalah rakyat Malaysia. Sedih juga apabila mereka menceritakan betapa peritnya perjuangan pahlawan dahulu untuk merdekakan tanah melayu.

Semangat juga aku mendengar semua itu. Tetapi, hakikatnya semua orang haru tahu. Mengapa generasi aku sudah mula lupa sejarah itu.

Satu persoalan yang menarik, melaka membina empayar selama 107 tahun sehingga di jajah Portugis. Kita baru merdeka 52 tahun, adakah kita akan dijajah lagi?

Kesedaran tentang itu diterangkan ketika kursus. Kami mindah kami seolah - olah di masukkan elemen-elemen kenegaraan yang sangat hebat. Itu satu point yang baik.

Cuma aku nampak ada satu kekurangan atau mungkin terlepas fikir, antara agama,bangsa, tanah air dan diri, yang lebih penting di ajar adalah tanahair. Sangat tidak setuju. Mengapa, fikir lah sendiri.

Program di BTN yang aku lalui meninggalkan banyak kenangan. Nasib lah 5 hari. Kalau sebulan, mau ade yang taknak balik. Pak Brahim, Pak Che Dol, memang best layan due orang tua ni. Sporting naka mampos. Aku doa sihat sejahtera untuk mereka ni.

Kalau diizinkan aku nak juga join BTN lanjutan, program tu kene duduk dalam hutan. Lagi best, baru boleh jadi tok janggut. hahah...
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

2 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items