Lagi 40 jam

40 jam lagi akan bergemalah takbir raya untuk 1 syawal 1430 hijrah. Rasanya hari kemenangan itu adalah betul-betul kemenangan bagi orang-orang yang bertakwa. Namun adakah kita tergolong di dalam golongan itu?

Ataupun tergolong di dalam golongan menang membeli alah memakai?

Samada tarbiyah ramdhan yang diberikan oleh Allah s.w.t kali ini memberi kesan atau tidak terhadap diri kita, hanya kita sahaja boleh mengukur. Bagaimana?

Saidina Ali bin Abi Talib pernah berkata, ketakwaan itu akan bertambah jika berlaku 4 perkara ini.

1-semakin takut kita pada Allah s.w.t
2-beramal dengan apa yang allah beri
3-sentiasa merasa cukup dengan pemberian Allah s.w.t
4-sentiasa bersedia dengan mati.

Jika dapat rasa ini semua, insyaallah kita tergolong bersama orang bertaqwa. Tazkirah malam tadi membuat aku rasa sayu je. Pejam celik dah tinggal lagi 2 hari untuk raya. Rasa belum puas dengan ramdhan.

Tapi apapun raya tetap raya. Ramadhan tetap akan pergi juga. Kali ni nak makan kuih bebanyak, duit raya Najib bagi RM 250 tu nak beli lemang 25 batang. Fuhhh..ni boleh kasi badan aku build up ni jadi macam malek noor. Alah lepas raya diet je la..

Actually baju raya kat atas menjadi pilihan aku rasenya tahun ni..
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Komik Hong Kong

Ada apa sama KEBAL