Menulis Bukan Kerna Nama

Isnin, 5 Oktober 2009

Seni Tekpi

Ilmu persilatan tidak lengkap jika tidak bermain senjata. Sungguhpun pengamal seni bela diri itu lebih mengamalkan tangan kosong, tetapi pengetahuan tentang senjata perlu ada untuk persiapan jika berdepan dengan musuh bersenjata.

Senjata rasmi melayu adalah keris. Sehingga kini aku tidak dapat merungkai simboliknya keris itu dengan melayu. Mungkin tidak berkesempatan untuk mendalami ilmu keris.

Aku memilih Tekpi atai nama lainnya sai. Mengapa ia menjadi tarikan kepada aku?

Aku mengenal tekpi sejak umurku 8 tahun. Aku berlajar asas dari abangku sendiri. Dari sejak itu aku sentiasa memasang niat untuk mendalami serta mempunyai tekpi sendiri. Tahun lepas aku telah membeli sepasang tekpi. Bila aku tunjuk kepada rakan-rakanku, ia bagai sesuatu yang asing. Apatah lagi penggunaannya.

Bernasib baik aku tahu serba sedikit tentang tekpi, aku cuba berlatih kembalikan kemahiranku tentang tekpi ini. Sehingga kini aku sudah dapat membiasakan diriku dengan senjata ini. Tekpi bukanlah senjata melayu. Tetapi bagiku, tepi adalah raja senjata.

Keperibadian keras seperti fizikalnya juga menampakkan cara permainanya yang keras. Pada ia mempunyai kelebihan untuk mematahkan senjata musuh. Kalau dikaji, sifat tekpi adalah besi yang teguh dan mampat. Amat berbeza dengan keris yang nipis dan memerlukan unsur spiritual untuk memperkuatkannya.

Jika kita amati permainan tekpi, ianya akan melatih pengguna menjadi seperti sifat fizikal tekpi itu sendiri.Berlatihnya umpama kita sedang sparring dengan kawan, jika tersilap pasti tekpi itu akan menghukum diri kita sendiri.

Namun aku masih terus berlatih..
Share:

0 comments: