Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Member baru 1

Tadi aku pergi subaidah dekat Hang Tuah Mall. Setelah berminggu aku tunggu proses untuk loan 'kawan baru' aku, akhirnya sain juga aku agreement dia.

Ramai tanya aku kenapa sekarang aku terfikir nak beli dia. Aku jawab sebab sekarang aku perlu dia unutk teman aku, ya lah teman aku sepanjang hayat. Tapi aku memang minat dengan dia. Baru aku faham angah cakap dulu.

Bincang punya bincang aku tanya bila boleh keluar, dia caka 'kawan baru aku ni minggu depan keluarlah. Sekarang ni aku dah angau asyik tengok gambar dia.

'kawan baru'...

3 buah fikiran!!!:

Siku, tetak, sauk, sentung !!!

Aku ada satu impian. Aku teringin nak jadi pesilat olahraga. Aku teringin nak masuk Pertandingan Silat olah raga. Tapi aku tak dapat semua tu. Aku mula minat dengan silat semenjak kecil lagi. Masa umurku darjah 1 lagi. Mungkin kerana aku mempunyai darah pesilat. Datuk juga seorang pesilat. Datukku pengamal silat Kipas Senandung. Tapi aku tak berkesmpatan nak belajar dengan dia.

Aku mula belajar silat dengan Haji Abdul Rahman bersama abangku. Kami menuntut sila kuntau sendeng di Bukit Pala Melaka. Selepas itu aku terus berlatih bersama abangku. Selepas menuntut bersama Hj Ab. Rahman, aku belajar pula silat di sekolah menengah ku. Silat Seligi Putra bersama Arwah Guru Mad Yassin. Bersama dengan cikgu Mad Yassin aku tak sempat tamat pengajian. Sebab terlalu sibuk dengan bola sepak aku tak dapat meluangkan masa untuk tamat pengajianku bersamanya.

Minatku terhadap silat masih mendalam, aku bersama abangku berguru pula dengan Haji Mokhtar di Ayer Molek. Kami belajar silat Pukulan Melaka. Di sana merupakan gelanggang terbaik melaka. Segala kelengkapannya cukup. Haji Mokhtar memang terkenal dengan kehandalan anak-anak buahnya. Aku berasa amat beruntung kerana dapat menuntut bersama dia. Pukulan Melaka adalah kesinambungan semua silat yang aku pelajari.

Sehingga kini aku masih ingin belajar silat dengan lebih mendalam. Sungguhpun aku mempunyai sakit di bahagian lutut kiri dan kanan kakiku, aku tetap berazam akan berlatih dan terus berlatih.

Pasti ramai yang bertanya untuk apa, untuk menjadikan aku seorang melayu.

Malayu sejati...

3 buah fikiran!!!: