Zina sana sini


PANTUN MAKSIAT
Yang perempuan pakai mini sekerat,
Suka pakai baju ketat,
Suka pulak menunjukkan pusat,
Hingga tak pedulikan lagi batasan aurat,
Pakai pulak yang sendat-sendat,
Kadang-kadang sampai nampak yang tersirat,
Tak kire bujur, tak kira bulat,
Bila dah macam tu sape lihat pasti tercegat,
Bila dah tercegat, silap gaya jadi gawat,
Bila dah jadi gawat, bohsia bohjan lagi dahsyat,
Duduk jauh berkirim surat,
Bila berjumpa tangan berjabat,
Kemudian, pakat lawan peluk erat-erat,
Mase tu, mafas naik tersekat-sekat,
Usah dipedulilah agama dan adat,
Usah ditakuti ALLAH dan Malaikat,
Yang penting ape yang kita nak buat, kita buat,
Akhirnya, bila dah buat perut kempis jadi bulat,
Bila perut kempis dah jadi bulat,
Maka tunggulah lahirnya anak-anak yang tak cukup sifat,
Maka jam tu kita tengok bayi dibuang merata tempat,
Maknanya ketika itu, iblis mula melompat,
Bila iblis mula melompat,
dia (iblis) kata apa? “ habis manusia dah masuk jerat,
“habis manusia telah tersesat”
Inilah dia fenomena masyarakat,
Oleh itu wahai saudara saudari dan para sahabat,
Marilah kita pakat mengingat,
Bahawa dunia hari ini makin singkat,
Esok atau lusa kita mungkin menghadapi HARI KIAMAT,
Sampailah masa kita semua akan berangkat,
Berangkat menuju ke negara Akhirat,
Di sana kita akan ditanya apa yang kita buat,
Masa itu, sendiri mau ingat,
Umurmu banyak mana mu buat ibadat??
Zaman muda mu apa telah mu buat??
Harta benda anta dari mana anta dapat??
Ilmu anda adakah anda manafaat??
Semoga ia dapat mengingatkan kita meninggalkan maksiat,
Dan memperbanyakkan ibadat,
Dan banyak bertaubat,
Habis pantun Maksiat….

---- USTAZ AKHIL HAYY----

Pantun gua ambil dari Ustaz Akhil. Sekali baca memang lawak giler..tapi dalam maksudnya.

Ok gua(aku sedang dalam orientasi menggunakan kata nama ini) agak terkejut dengan berita kes ulama saman ulama, pastu hari ni imam saman persatuan penduduk.

Gua rasa semacam je dengan fenomena ni. Gua cuma nak pesan, jangan salahkan masyarakat kalau masalah sosial menjadi-jadi. Ulama pun dok gaduh. Sedih. Tapi itu hanya segelintir.

Masih ramai lagi yang berjuang menyebarkan dakwah.

Gua terbaca kes hukuman sebat kat blog mahaguru58. Gua rasa kita patut bagi credit pada Kartika. Sebab dia pencetus isu hukuman sebat. Mula-mula gua rasa minah ni nak publisiti. Tapi setelah gua relax dan cool dulu, baru nampak natijahnya.

Sebab isu hukuman sebat ni, kat surat khabar hampir setiap hari ada cerita pasal cara dan hukum. Gua nampak secara tak langsung masyarakat dapat sedikit sebanyak pendedahan hukum Islam ini. Memanglah hukuman ni masih tak dijalankan. Tapi masyarakat secara tak langsung di bawa bersama untuk berfikir dan mengkaji tentang hukuman ini. Para ulama pula masing-masing mengeluarkan pendapat dari kotak minda dorang.

Memang best. So tak salah gua bagi credit kat Kartika.

Lebih mngejutkan, kalau tak silap gua ada 3 kes zina yang akan di kenakan hukuman sebatan sebelum kartika kena. See..nampak tak natijahnya.

Baru betul. Andai hukum sebat ni di jalankan ke atas pesalah zina, gua rasa boleh kurangkan masalah zina. So Jabatan agama Islam akan kurang kerja masa malam Valentine.

Ini semua bukan kebetulan. Isu ini adalah hasil dari kronologi kes kartika. Allah tidak akan menjadikan sesuatu dengan alasan kebetulan.

Samada hukuman ini di jalankan atau tidak, sekurang-kurangnya masyarakat kita kat Malaysia sudah mula tahu tentang hukum hudud. Walaupun tidak kepada keseluruhan, tapi sebagai permulaan itu sudah cukup baik.

Cerita Zina, gua nak tanya lu orang, kenapa zina ni berlaku dengan galaknya sekarang? Silap-silap jiran lu orang kat belakang rumah ni tengah berzina pun lu orang tak tahu. Jawapannya lu orang boleh dapat dari pantun kat atas.

-:gua bukan nak tukar blog ni jadi genre agama, just 4 sharing:-
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

4 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Takbir raya

Oh mat Ganja