Langkau ke kandungan utama

Berlobang-entry lepas geram!

Nampak tak apa dah terjadi pada tayar kereta gua?

Sakit hati dan tension bila gua tengok tayar kereta gua jadi macam ni. Ni semua pasal lubang jahanam dekat jalan raya. Pertama kali dalam hidup gua , kereta langgar lubang sampai dua biji pecah.

Jalan raya kat tempat gua ni memang terkenal dengan lobang-lobang. Kelmarin gua naik motor langgar lobang. Nyaris gua jadi supermen. Nasib gua punya motor tak berkecai akibat lobang jahanam tu. Semalam member gua drive kereta gua. Gua tidor sebelah.

Langgar lobang yang sama. Gila, gua ingat kereta gua dah excident dah. Gua tengok tayar kereta gua sebelah kiri dua-dua kempes.

Pagi ni gua pergi tukar tayar. Ceh, kena caj sampai rm590.

Gua ingat nak pergi report kat jabatan kerja raya la. Suroh diorang pikir balik, kenapa jalan raya kat Malaysia ni asyik berlubang je memanjang. Menyakitkan hati je.

Ulasan

Fida Jai OWN berkata…
hah ...baek report .. da dyorg tu , mkn duit krajaan ja .. tapi faedah nya , tarak . menyusahkn lagik ada
lassiegewdix berkata…
yayayaya !
penyelenggaraan jln raya mmg kureng baek .
if tawu jln raya berlubang gtu btter report kt JKR .
coz kkdg mereka terlepas pndg sume tuh . coz byk ribuan pojek ag dwg nk kejar . eceeeh .
Hazzy Ishak berkata…
rugi rugi
report je
kalau 10 kali kena 10 kali tukar
mampuih
g claim jer kat org yg buat jalan..

futsal amacam?
Mr feckry berkata…
fida: betul , aku sokong
Mr feckry berkata…
lassiegewdix:banyak sangat projek nak disuap le tu
Mr feckry berkata…
hazy:aku telah rugi
Mr feckry berkata…
embu: aku dah bakar jkr berdekatan
Siti Nur Aminah berkata…
lu tak perati jalan kat ipoh ni..lagi cam celaka....memang bole melambung dow
Mr feckry berkata…
aminah:kira jalan malaysia ni memang teruk gile
annfrendly berkata…
dasatnye...
tu lubang ke perangkap??
errr..
terok..
sampai melayang dekat RM600
kalau boleh claim takpe gak..
~W..S..R..~ berkata…
Dah tahu kat situ ada jalan berlubang, kenapa tak mengelak..? Langgar memang cari penyakit.. tak pun nie mesti kes laju tak sempat nak mengelak.. Kan?
Mr feckry berkata…
ann:lubang tu gua pun tak nampak..pasal gelap
Mr feckry berkata…
wsr:gelap malam tadi trak nampak
Solehah berkata…
dahsyat tu..mmg kene gi buat report la..
bidadarihijau berkata…
tukar kete la pe lg..hahaha
Mr feckry berkata…
soleha:dah buat report da
Mr feckry berkata…
bidadari hijau:banyak duit plak..dah booking keta cap kuda
LotsOfLove-Pearls berkata…
aduh..
melayang lagi duit..

g report ar..
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata…
jika anda pengantin baru ? anda tentu tidak marah lubang lubang tu
Mr feckry berkata…
pearl:memang melayang di saat gaji lambat masuk
Mr feckry berkata…
brutal solo:gua kalau lubang tu gua masuk sampai subuh bro
shazika berkata…
wooo..sabar bro..report je trus

Catatan popular daripada blog ini

Band Rimba Bara

Band rimba bara.

Mungkin lu orang tak pernah dengar nama band ni. Sebab band ni dah lama menyepi. Band sebenarnya berada di zaman masa lu orang hingus meleleh kejar-kejar dengan jiran main galah panjang.

Band Rimba bara ni memang pernah top dulu. Band ni femes dengan lagu anak etek tok wi, pukul berapa datok harimau, gelang si paku, dan beberapa lagi hits mereka yang pernah jadi igauan.

Kalau lu orang tak kenal, dia sebenarnya sezaman dengan Black Dog Free, Zurah Three, Amr Curl.

Inilah wajah vokalisnya. Nama vokalisnya adalah ZUL KAPAN. Dengar cerita band ni stop dan menghilang sebab vokalisnya telah menghilangkan diri. Gua pun tak tahu kenapa dia menghilangkan diri.

Sehingga kini kehilangan beliau sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Satu ketika dahulu vokalisnya pernah menjadi kegilaan remaja , rebelia, dan retua di zaman itu. Di mana-mana saja wajahnya terpampang di jadikan poster.

Beliau juga menjadi rebutan syarikat pengiklanan seperti, renoma, crocadile, dan hello kitties.

Kisah sk…

Oh mat Ganja

Oh mat ganja...
Batang betik botol coca cola
Ganja datang dari pulau jawa
Lalalala....

Pernah dengar lagu ni? Kalau main gitar code dia C, am, f, g.

Lagu ni tesen yang ajar gua( aku masih orientasi dalam guna ganti nama ini) main. Gua senang dapat lagu ni, pasal senang giler.

Gua nak cerita pasal ganja. Lu orang nak dengar or not itu lu orang pasal.

K, gua tahu story ganja dengan student IPT memang tak boleh di pisahkan. Bohong le kalau lu orang tak pernah dengar. At least yang awek tu, mesti pernah dengar classmate lu orang ambil benda ni kan.

Dalam pengalaman gua, gua tak isap. Tapi member gua dulu ramai yang isap benda ni. Ganja atau lebih dikenali sebagai canabis atau hemp memang top la bagi bebudak IPT. Pasal ini satu-satunya jenis dadah yang murah. Pasal tu Bob Marley tanam kat Jamaica pokok ni.

Meh gua nak cerita pasal bahayanya ganja bagi orang yang tak isap. Boleh sampai mati tau.

Cerita dia begini. Gua telah di datangi oleh member gua yang gua panggil Fabb. Dalam gua lepak dengan di…

Telur separuh masak

Makanan berkhasiat penting untuk diet yang sihat. Kalau makan junk food je, pastu konon tak makan nasi, ayam, daging...mana boleh.

Sebenarnya protien gua dah habis. So, gua tak nak ambil protien untuk muscle lagi. Alasannya adalah sebab costnya mahal. Sebagai alternatif lain, gua tukar protien susu tu dengan makanan yang berprotien.

Atually gua masih lagi amalkan diet tak makan nasi. Tapi gula gua dah start minum dah. Tak pantang, dah minum macam biasa dah. Sebab gua pernah try, tanpa protien muscle tu dan diet tak makan nasi dan dan tak sentuh gula badan gua memang tak boleh tahan. Dulu masa ada protien muscle tu badan gua steady je.

Setelah gua tanya dengan otai2 bina badan, dorang kata telur separuh masak adalah alternatif yang terbaik. Sebab dia mengadungi jumlah protien yang banyak. Tapi mesti sepruh masak. Jangan pula di goreng. Tapi kalau rebus ok.

Telur separuh masak bagus untuk dijadikan breakfast meal. Setakat ni gua cuba makan telur sepruh masak dua biji masa breakfast. Sebab g…