Langkau ke kandungan utama

Gua lem-PUNK baru tau


Lu orang suka punk tak? Lu orang pernah join tak?

Gua nak tanya sikit pada lu orang. Nanti bila lu orang dah tua, mata lu orang boleh terima tak tengok anak-anak lu orang jadi begini?

Nape lu orang diam?

Ok, masa gua sekolah dulu, era punk memang tengah hot. Kengkawan gua pun ada join juga. Gua citer pasal punk ni bukan gua tolak tepi, hip-hop, skinhead dan yang segolong dengannya. Gua tak follow dorang. Tapi ada juga seluar Wu-Tank kat almari gua.

Gejala ni mulanya suka pada lagu. Lama-lama terikut dengan karektor icon punk tu. Lebih gua rasa nak tergelak pecah perut, ada juga bebudak yang mengagungkan knowledge yang dorang dok hafal hari2 pasal punk tu. Padahal bapa dia suruh hafal Al-Fatiha pun dorang tak buat.

Lu orang fikir macam mana?

Gua tanya lagi sekali, lu orang pernah terjebak tak? Lu orang sendiri saja tahu. Gua cuma nak sarankan, kalau lu orang pernah join, atau pernah tahu, kita bagi tau kat anak-anak bangsa kita sekarang ni supaya meludah kepada gejala haram ni.

Kita bagi tau adik-adik kita yang tengah sekolah tu, tak ada paedahnya ikut gejala ni. Merosakkan akhlak saja.

Ok, we talk about zina. Lu orang ada adik perempuan tak? Kalau tak maybe one day lu orang akan dapat anak perempuan. Macam kalau adik perempuan atau anak perempuan lu orang cakap kat lu orang, " saya mengandung," apa reaksi lu orang masa tu.

Gua cakap ni pasal gua sedih tengok di akhbar bayi di gonggong oleh seekor anjing. Ya, kita tak ada kaitan. Tapi gua guna blog gua untuk bagi tau lu orang, zaman mak bapa kita berita macam ni tak dengar pun.

Tapi zaman kita, hampir hari-hari terpampang dalam paper. Hari ni hari orang, esok hari kita mana tahu.

Gua bukan berlagak baik, atau mau story yang gua ni sangat alim. Gua macam lu orang juga, suka karaoke, pergi dating, tengok wayang. Tapi gua cuak juga sebab, one day gua akan ada anak. So mampukah anak gua lawan semua gejala ni?

Sama-sama kita fikir. Kalau dulu kita dah lalui, jom kita sedar balik. Pastu kita bagitau kat anak-anak bangsa kita sekarang. Mana tahu nanti nasihat kita ni pahalanya akan di bawa ke kubur.

Satu benda yang gua takut, " apa kita buat hari ni, anak kita akan tunjuk balik kat kita."

Ulasan

y@n@ M!B berkata…
dunia nk akhir zaman..ntah la..minta famili and diri sy sendiri dijauhkan dr gejala2 tak sihat tu..amin =)
y@n@ M!B berkata…
dunia nk akhir zaman..ntah la..minta famili and diri sy sendiri dijauhkan dr gejala2 tak sihat tu..amin =)
Mr feckry berkata…
yana: dunia akhir zaman ni apa lu rasa kita kene buat?
sasha* berkata…
gua bukan punk tp gua minat music hardcore punk haha
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata…
aku masih uderground sampai sekarang
Mr feckry berkata…
shasha: dengar je ok kot
Mr feckry berkata…
brutal: wa..kire dahsyat tu
Hazzy Ishak berkata…
aku tak minat ni semua
kalaulah aku masuk geng camni
confirm abah aku paaangggg 2 3 dass
haha
WSR berkata…
saya masih percaya didikan yang baik itu bermula drpd ibubapa.. biasanya golongan yang terpengaruh dgn gejala seperti ini terdiri drpd anak-anak yang terbiar..
Aus MeLankoLik berkata…
Aku tak layan lgsg bende2 tu ..
hahahak
minat kat lagu aje kot...
tpi klu lagu yg mencarut2 tu tade la nak dengarkan...

x paya la nak ikut style n penampilan dorang..
annfrendly berkata…
tak berminat nak join group2..
lebih yakin jadi diri sendiri..

ermm.. memang sedih tengok mayat bayi yg kena gonggong anjing tu..
::cdot the dot:: berkata…
gua ni seram2 sejuk plak baca entry lu ni...lu doa2 gua ngan keturunan gua selamat dunia akhirat..gua aminkan doa lu ok..
Centado berkata…
lempangkan saje
:)
agus dulu dak punk jugak..ketua lagi..hehhehe..saper sangka skang dia dah berubah...subhanallah
ayut berkata…
orang nak kawin memang fikir serius ye..huhuhu
Mr feckry berkata…
Hazzy: Bagus abah mu.Kalau gua,gua pun wat cam tu
Mr feckry berkata…
WSR: sampai bila dia tidak akan terbiar
Mr feckry berkata…
AUS: nasib baik
Mr feckry berkata…
Ririe: lagu depa pun lu kena cek juga
Mr feckry berkata…
ANN: sedihkan
Mr feckry berkata…
Cdot: meh gua baca doa
Mr feckry berkata…
Centado: gua dah lempang
Mr feckry berkata…
Embun: bagus2
Mr feckry berkata…
Ayut: serius ke

Catatan popular daripada blog ini

Band Rimba Bara

Band rimba bara.

Mungkin lu orang tak pernah dengar nama band ni. Sebab band ni dah lama menyepi. Band sebenarnya berada di zaman masa lu orang hingus meleleh kejar-kejar dengan jiran main galah panjang.

Band Rimba bara ni memang pernah top dulu. Band ni femes dengan lagu anak etek tok wi, pukul berapa datok harimau, gelang si paku, dan beberapa lagi hits mereka yang pernah jadi igauan.

Kalau lu orang tak kenal, dia sebenarnya sezaman dengan Black Dog Free, Zurah Three, Amr Curl.

Inilah wajah vokalisnya. Nama vokalisnya adalah ZUL KAPAN. Dengar cerita band ni stop dan menghilang sebab vokalisnya telah menghilangkan diri. Gua pun tak tahu kenapa dia menghilangkan diri.

Sehingga kini kehilangan beliau sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Satu ketika dahulu vokalisnya pernah menjadi kegilaan remaja , rebelia, dan retua di zaman itu. Di mana-mana saja wajahnya terpampang di jadikan poster.

Beliau juga menjadi rebutan syarikat pengiklanan seperti, renoma, crocadile, dan hello kitties.

Kisah sk…

Oh mat Ganja

Oh mat ganja...
Batang betik botol coca cola
Ganja datang dari pulau jawa
Lalalala....

Pernah dengar lagu ni? Kalau main gitar code dia C, am, f, g.

Lagu ni tesen yang ajar gua( aku masih orientasi dalam guna ganti nama ini) main. Gua senang dapat lagu ni, pasal senang giler.

Gua nak cerita pasal ganja. Lu orang nak dengar or not itu lu orang pasal.

K, gua tahu story ganja dengan student IPT memang tak boleh di pisahkan. Bohong le kalau lu orang tak pernah dengar. At least yang awek tu, mesti pernah dengar classmate lu orang ambil benda ni kan.

Dalam pengalaman gua, gua tak isap. Tapi member gua dulu ramai yang isap benda ni. Ganja atau lebih dikenali sebagai canabis atau hemp memang top la bagi bebudak IPT. Pasal ini satu-satunya jenis dadah yang murah. Pasal tu Bob Marley tanam kat Jamaica pokok ni.

Meh gua nak cerita pasal bahayanya ganja bagi orang yang tak isap. Boleh sampai mati tau.

Cerita dia begini. Gua telah di datangi oleh member gua yang gua panggil Fabb. Dalam gua lepak dengan di…

Telur separuh masak

Makanan berkhasiat penting untuk diet yang sihat. Kalau makan junk food je, pastu konon tak makan nasi, ayam, daging...mana boleh.

Sebenarnya protien gua dah habis. So, gua tak nak ambil protien untuk muscle lagi. Alasannya adalah sebab costnya mahal. Sebagai alternatif lain, gua tukar protien susu tu dengan makanan yang berprotien.

Atually gua masih lagi amalkan diet tak makan nasi. Tapi gula gua dah start minum dah. Tak pantang, dah minum macam biasa dah. Sebab gua pernah try, tanpa protien muscle tu dan diet tak makan nasi dan dan tak sentuh gula badan gua memang tak boleh tahan. Dulu masa ada protien muscle tu badan gua steady je.

Setelah gua tanya dengan otai2 bina badan, dorang kata telur separuh masak adalah alternatif yang terbaik. Sebab dia mengadungi jumlah protien yang banyak. Tapi mesti sepruh masak. Jangan pula di goreng. Tapi kalau rebus ok.

Telur separuh masak bagus untuk dijadikan breakfast meal. Setakat ni gua cuba makan telur sepruh masak dua biji masa breakfast. Sebab g…