Sampai bila mahu bizi

Sibuk..

Lu orang suka tak sibuk. Ok kalau bagi orang yang sedang putus cinta, sibuk itu akan menjadi pilihan utama untuk mereka merawat jiwa yang sedang kebengongan.

Akan tetapi, ha...bagi mereka yang sedang hangat bercinta sibuk akan menjadi penghalang segalanya.

Sejak dua bulan kebelakangan ni, gua sibuk dengan aktiviti sukan, latihan kat gym , futsal, pastu sekarang ni sibuk dengan Thug of War. Malah trainning gua pun jadi terlalu padat. Kalau bulan lepas gua akan trainning petang , sekarang waktu lunch gua kat gym then petang gua akan ke PERSADA untuk trainning tarik tali.

Kalau kena pada hari futsal, malam tu agenda gua akan betambah pula kepada futsal.

Minggu lepas, gua sibuk dengan Mr Fitness, then minggu ni gua habiskan masa dengan tarik tali dan juga Futsal.

Serius, gua rasa macam terlalu sibuk, nasib kat office sekarang tak banyak kerja. Cuma ada sesuatu yang gua sangat kesal.

Gua dah kurang sangat masa dengan nono, yes memang kurang. Gua rindu time2 gua selalu berkepit dengan dia. Opss lu orang tak tau siapa nono. Ha, aweks yang kat atas tu la. Kadang-kadang gua rasa sedih dengan keadaan gua dan dia sekarang.

Ye la ni belum kahwin, kalau dah kahwin gua still bizi macam ni, bukan ke susah. Gua akan kurangkan aktiviti sukan gua lepas kahwin.

Gua tau dia sunyi dan risau, tapi seriusly gua bagitau, walau macam mana sibuk pun gua tetap rindu dia.

What ? tak percaya? Tanya bebudak yang trainning dengan gua atau member gua, dorang cakap gua ni TB. Lu orang tau ape TB? Takut Bini. Tapi gua cakap tegas berani atau tegak berdiri.

Gua bukan takut, gua rindu. Sebab kalau gua teringat kat dia, gua tau dia sedang teringat kat gua.

Kadang-kadang pernah sekali dua gua terfikir pasal nono, tetiba hp gua menjerit. Gua angkat sekali nono yang call. See, sayang menarik sayang. Rindu menarik rindu. Gua pun tanya," why do you call me?"

"I just want to say I love you," tu jawabnya. Lantak korang la kalau lu orang nak bebulu membacanya.

Tapi percaya atau tak, ini kuasa Allah. Konsep ni telah digunakan untuk mencipta telefon. Telefon ciptaan manusia, perasaan adalah ciptaan Allah.

So, gua nak ambil kesempatan. Nak minta maaf pada nono. Gua tau dia sedih sebab gua terlalu sibuk. Tapi gua sangat respect kat dia kerana terlalu memahami gua seadanya. Gua harap dia tahu yang setiap detik degupan jantung gua, tak pernah terputus bayangan manja wajah dia kat fikiran gua.

Lantak la lu orang nak cakap gua jiwang poting ni. Gua tau semua orang ada persaaan jiwang. kalau tak baik lu orang jadi robot yang tak berperasaan tu.

Hopefully lu orang support gua pujuk dia ek. Kalau gua jadi masak nasi minyak, gua akan jemput lu orang..
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

11 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Flasher bodoh!

Silat Pengantin