Lantai Merah-5

Kelebihan Solat Tarawih Malam Keenambelas

Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Satu hari di bumi kafir harbi...

"Kamu teman saya ke gereja boleh tak? tanya Jason pada Karl.

Sangsi dan agak cuak. Namun di jawab juga," boleh, tapi tak mengapa ke kalau saya masuk ke dalam church?"

Jason jawab," tak masalah."

Setiba di dalam church di bumi kafir harbi itu, keduanya duduk. Karl macam kaget. Pelanduk masuk kampung. Macam tu la gelagatnya. Ramai manusia seolah macam ada satu majlis umum. Ya, memang majlis umum bagi penganut kristian.

"Saya tidak akan memulakan upacara selagi ada orang tak berkenaan di dalam gereja ini," suara lantang dari seorang paderi yang bertugas.

Hadirin terpinga-pinga. Semua toleh sana dan sini. Seolah macam berfikir," apa yang father cakap ni?"

Diulangi lagi," sila keluar kepada sesiapa yang tidak berkenaan di sini."

Masih terpinga-pinga hadirin termasuk Karl. Lalu di tanya pada Jason," aku nak keluar la. Paderi tu macam kata kat aku je."

"Tak apa, ramai ni. Takkan father boleh perasan kau," jawab Jason seolah tidak mengizinkan pemergian Karl.

Paderi itu seolah tak berpuas hati ," muslim sila keluar dari gereja ini!"

Karl tak senang duduk. Berpeluh juga di dahi. Bertambah gugup lagi apabila melihat paderi melangkah terus ke arahnya.

"Awak muslim sila keluar dari gereja ini," paderi berdiri depan Karl dan memintanya berbuat demikian.

"Mengapa saya tidak boleh berada di dalam gereja ini," tanya Karl seolah tak berpuas hati.

Paderi menjawab lagi," Kalau kamu nak juga duduk di dalam ini, kamu perlu menjawab 32 soalan saya."

Karl setuju, dan di jawab kesemua 32 soalan dari paderi itu dengan baik. Jawapannya juga di terima dengan puas hati. Hasilnya Karl di benarkan duduk di dalam gereja bersama hadirin.

Namun sebelum duduk Karl berkata," sebelum duduk saya ingin bertanya pada Father satu soalan."

Paderi mengangguk tanda setuju.

"What is the key to heaven?" tanya Karl kepada paderi itu.

"Maaf saya tidak boleh menjawab soalan anda," kata paderi itu.

Hadirin menjadi kaget. Pelik benar, kenapa father mereka tak mahu menjawab. Sehinggakan ada yang berkata," kenapa tak jawab, jawab la, kalau salah kami akan tolong."

Paderi tetap tidak mahu menjawab," saya tidak boleh beritahu kamu jawabannya."

Karl juga menunggu dan berkata," saya boleh setuju menjawab 32 soalan father, kenapa father keberatan menjawab hanya satu soalan saya?"

Paderi itu seolah tidak dapat mengelak lagi," baiklah saya menjawab soalan kamu. Kunci ke syurga adalah LAILAHAILALLAH!"

Paderi itu teruskan jawabannya," buktinya terkandung di dalam Al-quran di Surah al-baqaraah."

Terkejut seluruh hadirin di dalam gereja. Mereka seoalah tidak percaya. Lalu mereka bertanya," Mengapa father mendiamkan perkara ini dan tidak meyuruh kami mengakuinya."

"Saya tahu, tetapi ia tidak boleh di beritahu. Kerana ini undang-undang paderi dan kristian. Saya cuma boleh buat ketika sebelum mati saya akan pastikan saya akan menyebutnya," jelas paderi itu.

Seluruh hadirin terkejut dengan jawaban paderi itu. Ini kerana, mereka yang hadir ke gereja bertujuan mencari ketengan yang abadi. Lantas mereka menyebut ucapan dua kalimah syahada dan memeluk Islam serta merta.

Kalimah syahadah. Itulah kunci ke syurga.

Cerita ini telah di olah kembali dengan menukar nama dan tempat. Namun hakikatnya cerita ini adalah berkisarkan kejadian benar. Tetapi ianya tidak di sebarkan kerana musuh Islam takut akan lebih ramai lagi yang akan menganut Islam.

Kisah benar ini berlaku di dalam bulan Ramdhan...
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

5 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama