Seni Berangan


Dulu masa gua darjah 5, gua selalu menyanyi masa buat kerja dalam kelas. Sambil buat kerja rumah tak siap lebih-lebih lagi kalau kerja tu subjek Math. Gua rasa kreatif gua akan bertambah-tambah kalau gua mengalunkan suara gua.

Walaupun gua selalu menerima komen terbuka dari member kelas gua namun gua tetap menyanyi.

Antara komen yang selalu gua dapat, " oi! memekak la, apesal suara kau sengau je aku rase ek? eh madzul suara kau macam awie la."

Tu la antara komen bebudak yang berdarjah 5 yang masih tersemat di hati.

Karier seni gua tak habis setakat tu. Masih gua ingat lagi akan peristiwa hari guru tahun 2000. Masa tu gua ada band. Nama band gua adalah AKUSTIK. Kitorang perform lagu sendiri. Trainning bagai nak gila. Ya la, time tu terasa macam satu perjuangan harmoni untuk beri hadiah kepada guru-guru sebagai tanda membalas budi mereka pada kami.

Masa perform, starting dah ok. Tibe tang korus je spoil. Gua baru nak tarik macam ramli sarip, boleh pula muzik terstop. PA sistem prob. Satu padang gelakkan kitorang. Bayangkan la perasaan gua masa tu. Segan gila gua rasa .

Until now, i'm still love singing. Tapi untuk gua je. Sebab gua rasa tak perlu nak ke dunia yang penuh glamor tu. Bukan pasal suara gua tak sedap, tapi gua tak mahu hanyut. Kalau gua hanyut nanti siapa nak selamatkan gua pula. So gua pendamkan saja bakat gua tu. Dah namanya bakat terpendam kan.

Hidup mesti sentiasa realiti. Kenapa posting hari ni cam sangat soul ek?

Kengkadang gua teringin juga nak melihat di clip vidoe hp ada video gua tengah perform solo dengan gitar. Peh, mesti cool kan? Gua rasa la. Tapi tu cuma khayalan gua je.

Kenapa menyanyi itu tak elok? Sebab mengkhayalkan. Macam mana pula dengan alunan zikir atau bacaaan al-quran yang sangat merdu? Bergantung pada hati yang ikhlas kerana Allah.

Lu orang tengok gambar kat atas tu, Cat Steven. Gua suka tengok gaya dia.

Jumaat ni gua akan karok kat majlis makan malam office gua...huhu..what a day..
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

11 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Filem susuk

Oh mat Ganja