Gua ingat lagi


Masa gua kecik-kecik. Masa tu dalam lingkungan lepas tadika la umur gua. Gua dan kejiranan gua kebanyakkannya pandai bermain basikal. Tak kira la basikal jipang ke, bmx ke mahupun roda tiga.

Ya semua ada basikal.

Sehinggakan kami mendaftarkan kumpulan basikal kejiranann kami dengan nama beruang hitam cycle club di R.O.S.

Gua tanya member gua ," debot, asal nama team basikal kita beruang hitam? aku tengok giler-giler remaja dia letak nama team motor die gagak haitam."

Debot jawab," kan kiter tinggal kat Bukit Beruang. Sebab tu la nama team kita beruang hitam."

Banyak aktiviti kami masa tu. Antaranya pergi rumah auntie yang berbangsa india , makan maruku pastu minta duit raya.

Gua teringat kawan gua nama dia Vijaya Kumar. Masa tahun 2006, member gua cakap VJ dah mati. Sedih beb. Siap kitorng buat satu pest bagi mengingati mendiang member kitorang lagi tu.

Tahun 2008, sehari sebelum hari depavali VJ terpacul depan rumah gua. Soh datang raya rumah dia.

Gua lari beb, ingat hantu!
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

18 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin