The Disember


Serius cakap lu, masa gua rasa semakin cepat berlalu. Dulu gua selalu cakap, 2 bulan lagi, 40 hari lagi, sebulan lagi, sekarang ni tak sampai sebulan je lagi.

Apa benda semua tu?

Masuk hari ni kira lebih kurang lagi 24 hari je lagi gua nak nikah dengan nono. Serius, cuak dan berdebar. Dah terlalu dekat.

Tadi nono cakap," dah dekat dah ni. Kena serius sikit. Tak boleh nak main-main."

Gua perlu serius. Gua akan melangkah satu alam baru. Di mana gua akan rasa gua berdiri seperti leonardo di caprio sambil memimpin tangan nono yang seolah kate winslate atas kapal titanic. Walaupun ada iceberg besar bapak pun, gua tak boleh lepaskan tangan dia. Haha, memang pengaruhi TV.

Memang betul kata orang, sebelum kahwin banyak cabaran yang akan datang. Iblis dengan laknatnya akan berusaha bagai nak gila untuk gagalkan rancangan tu. Tapi kita perlu sabar. Kerana Allah sentiasa bersama orang bersabar.

Ni la gambar yang 1st gua dengan nono.

Cuaca sekarang ni tak berapa elok. Ni gua rasa nak demam balik pula.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

12 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin