Khurafat

Yes, gua baru tengok cerita Khurafat kelmarin.

Gua tak nak sinop citer tu ataupun memberi ulasan. Lu orang pergi tengok sendiri. Cuma gua dapat somethin dari cerita tu yang gua rasa ada kaitan dengan gua.

Lu orang tengok gambar gua kat atas. Ya, gua dengan keris berdiri. Keris tu keris abah gua. Itu cuma salah satu dari sepuluh keris abah. Gambar ni gua ambil masa raya tahun lepas. Pasal keris berdiri, keris tu berdiri of coures dengan kuasa ya Allah. Keris tu actually memang berdiri. Cuma tak la boleh terbang. Dan gua percaya kesepuluh keris abah gua boleh berdiri.

Setiap keris tu, ada nama tersendiri dan gua panggil berpenunggu.

Back to story filem khurafat. Dalam filem tu syamsul telang membuka mata gua. Satu moralnya adalah perkara khurafat adalah haram di sisi Islam. Kerana ia ada hubung kait dengan syirik.

Rujuk pada ustaz untuk istilah syirik, cuma gua boleh bagi tau yang syirik adalah dosa yang tidak di ampun oleh Allah kerana mempersekutukan Allah dengan benda lain. Selebihnya lu orang minta ustaz terang lebih lanjut.

Khurafat ni kalau cakap dengan budak muda, mesti dorang cakap," itu amalan orang dulu, zaman sekarang mana ada."

Sorry to say, kita umat islam wajib percaya perkara ghaib.

Gua terfikir, keris-keris tu dengan khurafat. Untuk apa semua keris tu? boleh ke di simpan. Memang ada hujah mengatakan, semua itu adalah kuasa Allah, dan segala kekuatan yang 'jika' ada pada keris itu semuanya adalah dari Allah. Tapi amalan mandi keris tu untuk apa? Bukankah kita ini sendiri di lindungi Allah jika kita menuruti perintahnya dan menjauhi larangannya? Untuk apa lagi keris-keris dan tangkal-tangkal tu?  Tak percaya Allah? Nauzubillah..

Itu yang bermain di minda gua. Banyak persoalan. Sebab sejak abah sakit, acik selalu kata abah selalu sangat di ganggu oleh makhluk halus. Datang dari mana, wallahualam. Allah maha mengetahui.

Ilmu Allah adalah sangat luas, kita minta pada Allah. Insya Allah akan dapat.

Pasal keris abah, gua rasa gua dah buat perkara yang sepatutnya. Apa yang gua dah buat biarlah gua rahsiakan. Tapi insya Allah gua lakukan yang terbaik di jalan yang terbaik.

Satu pesan gua, nak belajar ilmu hitam ke putih ke apa saja ke, boleh tapi jika lari dari hukum agama jangan di amalkan. Cukup sekadar untuk pengetahuan.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

5 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Oh mat Ganja

Flasher bodoh!