Patah tumbuh hilang berganti

Apa yang hilang berganti?

Handphone la, lu orang jangan fikir macam-macam. Masa hari kerja kahwin gua kat Melaka hari tu, gua punya handphone nokia E66 telah terjelepuk terjerumus plup! dalam longkang.



Kejadian tu berlaku masa gua nak adjust gua punya banner perkahwinan. Gua pakai baju melayu masa tu. Masa gua adjust banner tu gua lupa yang gua letak handphone tu kat poket belah atas. Tengah gua terbongkok2 adjust banner gua tu, handphone tu pun melorot masuk ke longkang. Gua agak tercengang masa tu, macam tak percaya je gua punya handphone diresapi oleh air longkang yang jernih tu.

Semalam gua dan bini gua pi la cari handphone, agak lama gak gua riki handphone. Akhirnya gua rasa cukup la sekadar nokia c3. Memang teringin dan mampu untuk beli yang bajetnya seribu ke atas, Tapi fikir balik baik gua beli, peti ais ke, tv ke, mesin basuh ke. Lagi berbaloi.


Setakat ni gua pakai, ok la. Cuma jari gua yang besau benau untuk menenyeh keypad tu.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

13 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin