Melawat orang sakit umpama melawat taman Syurga

Semalam gua tengok bersamamu. Best la. Sebab bagi gua banyak pengajaran. Bila gua tengok orang sakit, gua rasa bersyukur sangat.

Bertuahnya gua tak kena macam tu. Ujian yang dorang dapat , kalau terkena kat gua, tak tahu la boleh tanggung ke tak. Kesiankan. Gua teringat ayat dalam buku 365 gaya hidup sihat Rasulullah. Sakit itu datang dari Allah, sihat juga datang dari Allah. Doa adalah ubat kepada sakit.

Dalam buku tu cakap, kalau kita sakit, baca la Al-quran. Insya Allah pasti akan sembuh. Kerana di dalam Al-quran ade syifa'.

Betul, kita usaha dengan prubatan moden, jangan pula kita lupa dengan perubata islami. Kerana perubatan moden itu juga di ketengahkan atau di pelopori oleh ilmuan Islam. Nak contoh, wa bagi sikit la, ibnu sina, ibnu khuldum, khwarizmi, al-biruni dan ramai lagi la.

Minta jauh la gua dari sakit-sakit yang berat ni. Sebab tu gua dah mula jaga permakanan , kesihatan dari sekarang. Dan sebab tu la gua rajin bersukan. Gua tengok abah gua sendiri. Tapi apa-apa pun semua ketentuan Allah. Berita kat kosmo kelmari pun buat cuak gua . Baca tak tajuk pasal orang muda banyak mati awal?

Kalau dulu, umur 60 tu dah panjang dah. Sekarang ni kalau kita berjaya mencapai umur 50'an pun dah cukup baik.

Mari la kita menjaga kesihatan, baik rohani dan jasmani..
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

7 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Filem susuk

Silat Pengantin