Langkau ke kandungan utama

Indoor Tug Of War - the next.....

Lu orang taukan salah satu sukan yang wa aktif adalah tug of war atau malaynye adalah tarik tali.

Lepas game Pesta Sukan Perbendaharaan minggu lepas, wa akan di panggil untuk main tarik tali dalam dewan. Ha, camner tu. Serius wa pun tak pernah main. Tapi wa rasa experiencenye mesti lebih best dan mencabar.

Wa tanya teammate wa dari MOF. Katanya, satu team akan tarik 8 orang, berat satu team adalah 640kg. Makna katanya, purata berat untuk setiap pemain seharusnya 80kg. Alamak, wa punya berat dah cecah 90kg. Camne wa nak reduce weight ni.

Game start 26-27 jun. Sebulan je lagi beb!


Setelah wa kaji game indoor, ini la gayanya. Rasanya cam lebih tough dari game tarik tali yang pernah wa join ni. Banyak kena belajar ni beb.

Actually indoor tug of war baru lagi di Malaysia. Tapi kat oversea, meletop beb game ni.


Ok, wa copy clip ni kat youtube untuk lu ,wa dan semua orang yang baca blog wa review ni pasal indoor tug of war. Camner, menarik tak?

Excited juga wa dengan game ni. Nampaknya wa dah mula minat secara menyeluruh dengan game ni.


Rasanya tugas wa untuk perkenalkan tarik tali sebenar dekat office dah tamat. Puas hati juga wa tengok pencapaian dorang.

Kenangan trainning, dan game dengan lu orang memang best. Rasa proud masa tengok luorang punya game.

Pandang ke dapan.

Fokus pada game yang akan datang. Rasanya cam minggu depan wa akan turun trainning lagi. Habis terbakar la kulit wa. Beb, dulu wa pandang rendah game ni. Wa tak minat langsung. Sebab wa selalu tengok orang kampung main tarik tali cam tarik lembu je.

Tapi hari ni baru tau, tug of war- peperangan mental, fizikal dan semangat berpasukan !

Biar mati atas tali, jangan lepas tali!

Ulasan

ogogogo.. kamu penah main ke mende alah ni ??
enyheartsdiamond berkata…
rindu la nak bersukan macam masa sekolah2 dulu :)

http://almarisiparipari.blogspot.com/2011/05/my-secret-wish-contest.html
b.r.u.t.a.l.s.o.l.o berkata…
sekarang mode bersukan kurang..sebab sukan pon kena politikkan
Anna Boleyn berkata…
wah semangat betol lu bro.

Catatan popular daripada blog ini

Band Rimba Bara

Band rimba bara.

Mungkin lu orang tak pernah dengar nama band ni. Sebab band ni dah lama menyepi. Band sebenarnya berada di zaman masa lu orang hingus meleleh kejar-kejar dengan jiran main galah panjang.

Band Rimba bara ni memang pernah top dulu. Band ni femes dengan lagu anak etek tok wi, pukul berapa datok harimau, gelang si paku, dan beberapa lagi hits mereka yang pernah jadi igauan.

Kalau lu orang tak kenal, dia sebenarnya sezaman dengan Black Dog Free, Zurah Three, Amr Curl.

Inilah wajah vokalisnya. Nama vokalisnya adalah ZUL KAPAN. Dengar cerita band ni stop dan menghilang sebab vokalisnya telah menghilangkan diri. Gua pun tak tahu kenapa dia menghilangkan diri.

Sehingga kini kehilangan beliau sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Satu ketika dahulu vokalisnya pernah menjadi kegilaan remaja , rebelia, dan retua di zaman itu. Di mana-mana saja wajahnya terpampang di jadikan poster.

Beliau juga menjadi rebutan syarikat pengiklanan seperti, renoma, crocadile, dan hello kitties.

Kisah sk…

Oh mat Ganja

Oh mat ganja...
Batang betik botol coca cola
Ganja datang dari pulau jawa
Lalalala....

Pernah dengar lagu ni? Kalau main gitar code dia C, am, f, g.

Lagu ni tesen yang ajar gua( aku masih orientasi dalam guna ganti nama ini) main. Gua senang dapat lagu ni, pasal senang giler.

Gua nak cerita pasal ganja. Lu orang nak dengar or not itu lu orang pasal.

K, gua tahu story ganja dengan student IPT memang tak boleh di pisahkan. Bohong le kalau lu orang tak pernah dengar. At least yang awek tu, mesti pernah dengar classmate lu orang ambil benda ni kan.

Dalam pengalaman gua, gua tak isap. Tapi member gua dulu ramai yang isap benda ni. Ganja atau lebih dikenali sebagai canabis atau hemp memang top la bagi bebudak IPT. Pasal ini satu-satunya jenis dadah yang murah. Pasal tu Bob Marley tanam kat Jamaica pokok ni.

Meh gua nak cerita pasal bahayanya ganja bagi orang yang tak isap. Boleh sampai mati tau.

Cerita dia begini. Gua telah di datangi oleh member gua yang gua panggil Fabb. Dalam gua lepak dengan di…

Telur separuh masak

Makanan berkhasiat penting untuk diet yang sihat. Kalau makan junk food je, pastu konon tak makan nasi, ayam, daging...mana boleh.

Sebenarnya protien gua dah habis. So, gua tak nak ambil protien untuk muscle lagi. Alasannya adalah sebab costnya mahal. Sebagai alternatif lain, gua tukar protien susu tu dengan makanan yang berprotien.

Atually gua masih lagi amalkan diet tak makan nasi. Tapi gula gua dah start minum dah. Tak pantang, dah minum macam biasa dah. Sebab gua pernah try, tanpa protien muscle tu dan diet tak makan nasi dan dan tak sentuh gula badan gua memang tak boleh tahan. Dulu masa ada protien muscle tu badan gua steady je.

Setelah gua tanya dengan otai2 bina badan, dorang kata telur separuh masak adalah alternatif yang terbaik. Sebab dia mengadungi jumlah protien yang banyak. Tapi mesti sepruh masak. Jangan pula di goreng. Tapi kalau rebus ok.

Telur separuh masak bagus untuk dijadikan breakfast meal. Setakat ni gua cuba makan telur sepruh masak dua biji masa breakfast. Sebab g…