Menulis Bukan Kerna Nama

Khamis, 19 Mei 2011

Pemegang Panji

Dulu, gua benci kawad. Ingat lagi masa zaman kursus pengawas.

Begitu degil lagi gua nak berkawad. Andai di beri pilihan samada mau terjun kolam berendam 7 jam atau berkawad, gua tetap akan memilih terjun kolam berendam selama 7 jam.

Masa kolej pun ada ujian kawad. Gua rasa nyampah betul . Masa tu wa tak boleh terima yang gua kena lalui ujian kawad. Tapi nak buat camane, gua belasah je kawad macam askar jerman. Nasib baik lepas ujian tu. kalau tak lepas gua dendam sama itu pemeriksa kawad.

Sekarang gua dah kerja. Kerja di Jabatan Akauntan Negara Malaysia. Comfirm tak ada kawad.

Hampeh, jangan harap la.

Sukan hari tu, gua di suruh menjadi pemegang panji jabatan gua. Pemegang panji beb, kawad pun gua terkengkang-kengkang. Sudah la kena berbaris di tengah panas. Mau melecur kuli gua yang halus malus ni. Tension gua masa tu.


Tapi apa mau buat, demi maruah Jabatan, gua perkasakan diri gua jua...Hitam beb muka gua pastu.

 Ini kontinjen gua

  Dari jauh ku lihat hijau

 Tegak berdiri


Sampai hari ni gua masih merenung, dan bermenung. Kenapakah gua di pilih sebagai pemegang panji jabatan gua.

Gua yakin pasti ada sesuatu yang tersirat..
Share:

1 comments:

StingRay berkata...

aku rasa lagi sesuai kalau ko pakai kostum bunga tu.

hahahahha.

auw!