Langkau ke kandungan utama

Pesta Sukan Perbendaharaan Malaysia ke 21


 AG champ!

 AG tug of war

 AG football team

 my queen heart!

Muka wa bertambah itam legam sebab sukan ni.

Hari ni KSP bagi wa cuti. Wa nak pi facial putihkan balik muka wa. Nanti tak macam bruno mars pula. Haha, berangan la.

Penat, tapi seronok. Itu la sukan. Bagi mereka yang minat sukan, tak ada segalanya melaikan keseronokkan sukan tu. Pahit getir suka duka semuanya ada. Pemenang adalah bonus untuk usaha mereka. Event mereka adalah hadiah sebenar untuk mereka.

Wa, dua event wa masuk tahun . Macam tahun lepas juga. Bola dan tarik tali. Bola, mengejutkan sebab berjaya jejak kaki ke final. Tapi rasa sedih gak wa tak dapat main final. Sebab final tarik tali pun berlansung serentak. Wa lebih di perlukan pada tarik tali. Tapi ok la kan, kite tak menang gold, silver pun dah terbaik.

Tarik tali, this year kite memang rock beb. Gua memang saje susun dua team. Team 'a' totally wa cakap, wa letak yang tak kuat. Wa main team 'b'. Tapi team 'a', wa bangga dengan lu orang sebab dapat no 3. Wa ingat lu orang akan kalah masa 3rd place. Tapi lu orang buktikan hasil trainning kite bersama, lu orang menang untuk tempat ke 3. Team 'b' iaitu team wa, tak pe kita kalah lagi di final. Next year kite balas balik kekalahan kita.

Ah..sukan...penuh dengan nostalgia dan drama...tapi pada gua, segalanya adalah sangat menarik. Thanks for my nono yang sentiasa berada bersama gua di sepanjang pesta sukan.

Lepas ni ada lagi sukan. Yang lebih besar. Harap wa bersedia!

Ulasan

enyheartsdiamond berkata…
haritu saya main netball, dapat silver je.. jd lah kan utk org yg tak training :DDD
Mr feckry berkata…
eny:ok gak, kite lebih kureng je
Tanpa Nama berkata…
kureng ajar.ckp team a xkuat.haktuih

Catatan popular daripada blog ini

Band Rimba Bara

Band rimba bara.

Mungkin lu orang tak pernah dengar nama band ni. Sebab band ni dah lama menyepi. Band sebenarnya berada di zaman masa lu orang hingus meleleh kejar-kejar dengan jiran main galah panjang.

Band Rimba bara ni memang pernah top dulu. Band ni femes dengan lagu anak etek tok wi, pukul berapa datok harimau, gelang si paku, dan beberapa lagi hits mereka yang pernah jadi igauan.

Kalau lu orang tak kenal, dia sebenarnya sezaman dengan Black Dog Free, Zurah Three, Amr Curl.

Inilah wajah vokalisnya. Nama vokalisnya adalah ZUL KAPAN. Dengar cerita band ni stop dan menghilang sebab vokalisnya telah menghilangkan diri. Gua pun tak tahu kenapa dia menghilangkan diri.

Sehingga kini kehilangan beliau sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Satu ketika dahulu vokalisnya pernah menjadi kegilaan remaja , rebelia, dan retua di zaman itu. Di mana-mana saja wajahnya terpampang di jadikan poster.

Beliau juga menjadi rebutan syarikat pengiklanan seperti, renoma, crocadile, dan hello kitties.

Kisah sk…

Oh mat Ganja

Oh mat ganja...
Batang betik botol coca cola
Ganja datang dari pulau jawa
Lalalala....

Pernah dengar lagu ni? Kalau main gitar code dia C, am, f, g.

Lagu ni tesen yang ajar gua( aku masih orientasi dalam guna ganti nama ini) main. Gua senang dapat lagu ni, pasal senang giler.

Gua nak cerita pasal ganja. Lu orang nak dengar or not itu lu orang pasal.

K, gua tahu story ganja dengan student IPT memang tak boleh di pisahkan. Bohong le kalau lu orang tak pernah dengar. At least yang awek tu, mesti pernah dengar classmate lu orang ambil benda ni kan.

Dalam pengalaman gua, gua tak isap. Tapi member gua dulu ramai yang isap benda ni. Ganja atau lebih dikenali sebagai canabis atau hemp memang top la bagi bebudak IPT. Pasal ini satu-satunya jenis dadah yang murah. Pasal tu Bob Marley tanam kat Jamaica pokok ni.

Meh gua nak cerita pasal bahayanya ganja bagi orang yang tak isap. Boleh sampai mati tau.

Cerita dia begini. Gua telah di datangi oleh member gua yang gua panggil Fabb. Dalam gua lepak dengan di…

Telur separuh masak

Makanan berkhasiat penting untuk diet yang sihat. Kalau makan junk food je, pastu konon tak makan nasi, ayam, daging...mana boleh.

Sebenarnya protien gua dah habis. So, gua tak nak ambil protien untuk muscle lagi. Alasannya adalah sebab costnya mahal. Sebagai alternatif lain, gua tukar protien susu tu dengan makanan yang berprotien.

Atually gua masih lagi amalkan diet tak makan nasi. Tapi gula gua dah start minum dah. Tak pantang, dah minum macam biasa dah. Sebab gua pernah try, tanpa protien muscle tu dan diet tak makan nasi dan dan tak sentuh gula badan gua memang tak boleh tahan. Dulu masa ada protien muscle tu badan gua steady je.

Setelah gua tanya dengan otai2 bina badan, dorang kata telur separuh masak adalah alternatif yang terbaik. Sebab dia mengadungi jumlah protien yang banyak. Tapi mesti sepruh masak. Jangan pula di goreng. Tapi kalau rebus ok.

Telur separuh masak bagus untuk dijadikan breakfast meal. Setakat ni gua cuba makan telur sepruh masak dua biji masa breakfast. Sebab g…