Menulis Bukan Kerna Nama

Jumaat, 1 Julai 2011

Menziarah orang sakit umpama melawat ke taman Syorga

 Jarang sekali gua dengar ceramah untuk kesihatan. Rasanya ni 1st time.

Ceramah dekat opis. Pasal kesihatan, dan ada derma darah.

Kali pertama wa dengar talk pasal kanser. Especially dari MAKNA. Sebuah ngo yang memperjuang nasib pesakit-pesakit kanser. Terbuka mata gua beb. Betapa beruntungnya gua kerana masih dapat menghirup udara segar , makan sedap-sedap, bersukan sepuas-puas dan bebas buat apa saja. Benar la apa yang di kata, berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul

Selama hampir 1 jam 1/2  wa dengar , banyak imbasan kat kepala gua, pasal mak sedara gua yang dah meninggal sebab kanser, sahabat gua yang dah pergi di sebabkan kanser, dan rakan-rakan gua yang sedang di hidapi kanser.

Sayu kat hati gua. Gua rasa mereka yang mengidapi penyakit kanser ini adalah orang yang terpilih. Gua teringat akan kata seorang ulama' manusia yang sedang di uji dengan sakit yang berat jangan di keluh, kerana Allah mahu mengangkat darjat seseorang itu dengan sakitnya.

Teringat gua dengan kisah nabi Allah Ayyub yang tertulis di dalam al-quran pada Al- Anbiya 83 ,

Dan ( sebutkanlah peristiwa ) Nabi Ayyub, ketika dia berdoa dan merayu kepada tuhannya dengan berkata:  Sesungguhnya aku ditimpa penyakit, sedangkan Engkaulah saja yang lebih mengasihani daripada segala (yang lain) yang mengasihani.

Nabi Ayyub menerima dugaan Allah yang sangat hebat.Beliau di uji dengan kekayaan , tapi relax je masih dan makin bertambah kuat taatnya pada Allah. Di uji lagi dengan kemiskinan, namun selamba je dia makin kuat taatnya pada Allah.

Baginda di uji dengan sakit kronik. Sehigga orang yang berada di sekelilingnya lari dek kerana tak sanggup melihat penderitaannya. Sehingga malaikat pun meminta nabi Ayyub berdoa pada Allah. Nabi Ayyub menganggap sakitnya itu adalah anugerah. Lalu malaikat pun cakap kat baginda agar memohon kesembuhan kerana takut penderitaan yang nabi Ayyub tanggung itu nanti menghalang bagin dan beribadah pada Allah.

Nabi Ayyub pun mengadu dan berdoa pada Allah. Pengaduan ini ada tercatit dalam al-quran pada Surah Sad ayat 41 yang bermaksud;

Dan ( ingatkanlah peristiwa ) hamba Kami: Nabi Ayyub ketika dia berdoa merayu kepada tuhannya dengan berkata: "Sesungguhnya aku di ganggu oleh syaitan dengan ( hasutan semasa aku di timpa) kesusahan dan azab seksa ( penyakit)."

Pengaduan dan pengharapan orang yang sakit ini, tinggi nilainya. Kalau tak silap wa la kan, ada ulama' yang cakap nabi ayyub ni kena sakit kusta. Lu orang pernah tengok tak orang kena sakit kusta? Wa tengok dalam internet je.

Di dalam al-quran ada kesembuhan. Tak percaya?


Mahfumnya: Dan Kami turunkan di atas (isi) al-Quran, sesuatu yang boleh menyembuhkan dan rahmat untuk orang-orang yang beriman.

Surah al-Isra':82).

Ini dalilnya. Gua suka baca ayat ni. Sebab dia bagi gua semangat kalau gua sakit. Dan gua harap pada member-member gua yang megidapi kanser akan kuat semangat bile baca ayat ini. 

Di mana bukti kesembuhan yang ayat quran ni cakap?

Berbalik pada kisah nabi ayyub tadi. Salah satu cerita atau kaedah kesembuhan yang Allah ajarkan pada kita di dalam kisah nabi Ayyub tu ada di dalam ayat surah sad yang ke 42.

Terjemahannya; ( maka Kami kabulkan permohonannya serta kami perintahkan kepadanya): " Hentakkanlah ( bumi) dengan kakimu." ( Setelah ia melakukannya maka terpancarlah air , lalu kami berfirman kepadanya); " Ini ialah air sejuk untuk mandi dan untuk minum ( bagi menyembuhkan penyakitmu zahir dan batin.)

Setiap yang tertulis dalam al-quran itu ada maknanya untuk manusia. Jadi kita jadikanlah al-quran itu macam handphone atau GPS. Mana lu pegi lu bawa dan lu baca. Sebab itu hidayah untuk manusia. 
 
Pada member-member wa yang mengidapi sakit kanser, sabar la dengan ujian Allah. Tahu lu orang banyak menderita dan banyak habis duit dalam merawat sakit lu orang. Teruskan pengharapan dan pengaduan pada Allah. Sakit itu Allah yang beri dan kesembuhan itu juga dari Allah.

Cam ostat pula wa cakap macam ni. Beb, bukan nak jadi ostat, cuma wa terfikir yang wa ni adalah manusia yang bila-bila pun boleh mati...
Share:

3 comments:

YanaMIB berkata...

penyakit mmg penghapus dosa..tp kita sebg hambaNya kena lah usaha utk elakkan penyakit..tol x? aku mkn suppliment hari2..org kata pompuan lg senang dpt kanser..so hati² je lah =)

Wyne @ Mouren Mauve berkata...

Entry yang menarik. Nice!

Redbloodsnow berkata...

sesungguhnya penyakit adalah penghapus dosa. maka bersabarlh dgn menempuhinya... :)