Menulis Bukan Kerna Nama

Isnin, 11 Julai 2011

Gua dan bersih.......

Last weekend..gua balik melaka.

Lama juga gua tak lepak melaka. Kalau dulu wa balik melaka, mesti lepak dengan member, tapi sekarang masa wa bersama keluarga amat la terhad.

Gua kalau boleh nak spend time balik melaka cuma dengan family gua lebih-lebih lagi dengan parents gua. Dari jauh gua merenung mereka, gua nampak mereka dua sangat. Abah dengan sakit strokenya, dan ibu nampak dah makin kurus. Sayu je wa tengok mereka, pada gua melihat wajah mereka umpama melawat taman syurga.

Abah minta wa urut tangan die. Tangan yang kena stroke. Gua urut dengan minyak panas, dalam hati wa sayu. Tangan abah lemah sangat. Tak kuat lagi. Boleh di katakan lumpuh. Tangan yang gua urut ni la yang telah membesarkan gua. Dulu tangan abah yang gua urut tu, sangat gagah bagi gua. Tapi hari ni, nak pegang cawan pun dah tak boleh. Gua akan terus berdoa dan berharap pada Allah akan menyembuhkan sakit abah.


Gua dan bini gua bersama acik pergi tengok wayang.

Haha, pada awalnya ingat nak pergi jonker walk. Last tengok wayang citer awek ku pontianak. Nasib citer tu boleh di layan .Ok sebab gua tak terlelap masa tengok citer ni. Bini wa melompat kegirangan sebab wa tak tido dalam wayang.

Dan malam ni gua akan layan tranformes 3d...haha lame dah tunggu nak pi tengok .
Share:

2 comments:

cik ayin berkata...

rindu melaka oh.. :)

YanaMIB berkata...

sazzy falak comey kan..hihi..pi lyn transformers..best gilak wa ckp sama lu ^_^