Langkau ke kandungan utama

Agak bermonlog sikit.


"Mampus lu la, pehal wa nak jaga hati lu. Hati wa sendiri pun tak terjaga. Hati lu wa nak jaga."

Mungkin kita pernah berfikiran macam tu. Bohonng la wa tak pernah pikir camtu. Pernah juga wa terfikir macam tu. Kengkadang kita letih nak bebuat baik. Sebab , kengkadang baik kita tu di ambil kesempatan oleh orang yang suka amek kesempatan.

Sudah la tak di hargai, tapi ambil kesempatan pula di atas budi baik kita. Hmmm..jarang gua post cam ngeluh macam ni.

Saidina ali pernah berkata," jadi la seperti pohon yang sarat dengan buahan yang ranum. Apabila di baling dengan batu atau kayu, di jatuhkan buah yang enak dan ranum untuk di makan."

Perlu ke kita jaga hati orang? Berbaloi ke kita jage hati orang sampai hati kita sendiri jadi sakit dek balasan orang yang tak tahu nak hargai budi baik kita?

Gua teringat akan ada sepotong ayat quran di dalam surah al-hajr. Gua lupa ayat ke berapa. Ayat tu mengisahkan bagaimana iblis di halau dari syurga Allah. Iblis berjanji akan sesatkan umat manusia. Kecuali mereka yang ikhlas.

Ikhlas...maknakata buat tanpa mengharap sebarang balasan.

Huuu..susah tu...tapi boleh belajar cara nak ikhlaskan hati...

Gua bermonolog malam ni ye...

Ulasan

YanaMIB berkata…
slalu hati kita mmg ikhlas..tp bila dh jd cemni kita jd dilema nk ikhlas ke x..huhu~ chill bro! =)

Catatan popular daripada blog ini

Oh mat Ganja

Oh mat ganja...
Batang betik botol coca cola
Ganja datang dari pulau jawa
Lalalala....

Pernah dengar lagu ni? Kalau main gitar code dia C, am, f, g.

Lagu ni tesen yang ajar gua( aku masih orientasi dalam guna ganti nama ini) main. Gua senang dapat lagu ni, pasal senang giler.

Gua nak cerita pasal ganja. Lu orang nak dengar or not itu lu orang pasal.

K, gua tahu story ganja dengan student IPT memang tak boleh di pisahkan. Bohong le kalau lu orang tak pernah dengar. At least yang awek tu, mesti pernah dengar classmate lu orang ambil benda ni kan.

Dalam pengalaman gua, gua tak isap. Tapi member gua dulu ramai yang isap benda ni. Ganja atau lebih dikenali sebagai canabis atau hemp memang top la bagi bebudak IPT. Pasal ini satu-satunya jenis dadah yang murah. Pasal tu Bob Marley tanam kat Jamaica pokok ni.

Meh gua nak cerita pasal bahayanya ganja bagi orang yang tak isap. Boleh sampai mati tau.

Cerita dia begini. Gua telah di datangi oleh member gua yang gua panggil Fabb. Dalam gua lepak dengan di…

Band Rimba Bara

Band rimba bara.

Mungkin lu orang tak pernah dengar nama band ni. Sebab band ni dah lama menyepi. Band sebenarnya berada di zaman masa lu orang hingus meleleh kejar-kejar dengan jiran main galah panjang.

Band Rimba bara ni memang pernah top dulu. Band ni femes dengan lagu anak etek tok wi, pukul berapa datok harimau, gelang si paku, dan beberapa lagi hits mereka yang pernah jadi igauan.

Kalau lu orang tak kenal, dia sebenarnya sezaman dengan Black Dog Free, Zurah Three, Amr Curl.

Inilah wajah vokalisnya. Nama vokalisnya adalah ZUL KAPAN. Dengar cerita band ni stop dan menghilang sebab vokalisnya telah menghilangkan diri. Gua pun tak tahu kenapa dia menghilangkan diri.

Sehingga kini kehilangan beliau sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Satu ketika dahulu vokalisnya pernah menjadi kegilaan remaja , rebelia, dan retua di zaman itu. Di mana-mana saja wajahnya terpampang di jadikan poster.

Beliau juga menjadi rebutan syarikat pengiklanan seperti, renoma, crocadile, dan hello kitties.

Kisah sk…

Telur separuh masak

Makanan berkhasiat penting untuk diet yang sihat. Kalau makan junk food je, pastu konon tak makan nasi, ayam, daging...mana boleh.

Sebenarnya protien gua dah habis. So, gua tak nak ambil protien untuk muscle lagi. Alasannya adalah sebab costnya mahal. Sebagai alternatif lain, gua tukar protien susu tu dengan makanan yang berprotien.

Atually gua masih lagi amalkan diet tak makan nasi. Tapi gula gua dah start minum dah. Tak pantang, dah minum macam biasa dah. Sebab gua pernah try, tanpa protien muscle tu dan diet tak makan nasi dan dan tak sentuh gula badan gua memang tak boleh tahan. Dulu masa ada protien muscle tu badan gua steady je.

Setelah gua tanya dengan otai2 bina badan, dorang kata telur separuh masak adalah alternatif yang terbaik. Sebab dia mengadungi jumlah protien yang banyak. Tapi mesti sepruh masak. Jangan pula di goreng. Tapi kalau rebus ok.

Telur separuh masak bagus untuk dijadikan breakfast meal. Setakat ni gua cuba makan telur sepruh masak dua biji masa breakfast. Sebab g…