Gua tak terkilan melepaskan rm 1000!

Sepatutntya hari ni wa pergi game tarik tali yang menawarkan rm 1000. Memang gua yakin boleh menang. Tapi wa rase aktiviti yang gua buat hari ini lebih bernilai dari rm 1000.

Nono, bini wa la, sape lagi.

Die ajak wa join charity projek. Kat rumah anak-anak yatim. Seyes, before ni wa tak pernah join benda ni. Die minta wa jadi fotgrapher untuk projek die. Lokasi, di bandar utama. Tak jauh dari Sri Pentas office TV3. Seawal pukul 7 kitorang dah gerak.

Ah, wa rasa cam panjang pula kalau story, lets the pic tell the story..

Ini lah tempatnya tadi!

Ayuh kita menuju ke padang untuk enjoy!

eh bukan main heppy lagi PUAN Nono

Bersih je wa tengok muka dorang

jangan di telan bola ping pong tu sudah le

nak main sekali le tu

budak tu tengah gigit tangan bro ni

Lunch time..tersentuh wa tengok, cara mereka duduk makan ..adab rasulullah s.a.w

b4 blah, bergambar dengan budak laki dulu

pic denga ustazah , salah seorang penjaga mereka.

Masa kat rumah tu, baru wa tau. Bebudak kat sini bukan semuanya anak-anak yatim. Tapi mereka ada sebahagiannya di hantar oleh ibu bapa mereka untuk mempelajari ilmu tahfiz.

Allahurabbi.

Dulu masa bulan puasa gua selalu tengok rancangan Kalamullah kat TV3. Rancangan yang meng'upkan para tahfiz-tahfiz cilik dan pusat pengajian tahfiz. Dan hari ini, gua berdepan dengan mereka. Memang gua terharu , teruja bila gua tengok mereka. Seyes beb. Luorang tak rasa apa yang wa rasa. Kalau lu orang diri kat tempat wa tadi, baru lu orang tau.

Mana taknya, gua berdepan dengan anak-anak yang hatinya selalu menyatakan rindu pada Allah dan Rasulullah s.a.w. "Perbentukkan mereka semuanya berpandukan ilmu solat", kata salah seorang ustaz yang menjaga mereka.

Paling wa tersentuh, time solat. Mereka akan ambil masa 5 minit untuk berselawat. Secara berejamaah mereka melaungkan selawat badwi.

Masa lunch, wa naik segan nak lunch dengan dorang. Semuanya duduk mengikut adab Nabi Muhammad. Gua, selamba je makan bersila sambil menatang bungkusan makanan. Bila minum, mereka pastikan akan duduk. Bukan macam gua, main minum je walaupun wa berdiri. Bukankah makruh? Kagum dengan dorang, kecik-kecik lagi dah sebati dengan sunnah Nabi. s.a.w. Gua pula baru nak belajar untuk itu semua.

Semoga Allah sentiasa bersama  mereka.

Teruja juga tadi . Bebudak ni siap perform nasyid dan persembahan silat untuk kitorang. Steady la dorang. Bagus punya sambutan depa bagi.

Gua tersentuh melihat ustaz dan ustazah yang jaga mereka. Mereka ni buat kerja macam ni, bukan dapat tambah kekayaan pun. Tapi mereka tak kesah berpenat lelah untuk ini semua, menjaga anak-anak yatim. Mengajar mereka menjadi para penghafaz al-quran. Allahurabbi...mereka memang dahsyat.

Besar ganjaran mereka nanti di akhirat. Gua doakan mereka sentiasa di bantu oleh Allah di dalam perjuangan mereka.

Gua rasa, banyak perkara gua belajar hari ni. Pelajaran yang gua dapat memang tidak ternilai. Andai ada lagi projek macam ni wa tak akan rasa serik untuk join lagi.

Badan sudah letih, mata sudah kuyu. Wa nak rest dan lay down kat atas katil dulu ye..

Penat memang penat, tapi nilai kepuasan itu adalah harga kepenatan gua...
Firman Allah swt yang bermaksud;

"Siapakah yang mahu memberikan pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik ( menafkahkan hartanya ke jalan Allah), maka Allah akan melipat gandakan pembayarannya dengan gandaan yang banyak"


Jika lu orang semua mahu hulurkan sumbangan  boleh hulurkan pada;

SUCI ROHANI MANAGEMENT & CONSULTANCY 

AKAUN MAYBANK : 562759111871
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

8 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Filem susuk

Silat Pengantin