The road not taken...


Lu orang pilih yang mana?

Wa, dua2 wa tak pergi. Kalau boleh nak pi yang Ustaz Azhar Idrus..tapi risau pula nak tinggalkan nono sesorang. So wa pilih alternatif duduk kat umah. Duduk kat pun still tengok juga. Tengok guna livestream . Kalau nak tunggu kuliyah ni ade live kat TV, amat mustahil la.

ok ni link die.http://www.tvsnews.net/

Tapi malam ni TV rumah gua, agak2 buka juga TV 3..kot..

Ape beza kedua2 event ni...? Ni gua copy dari FB

Tempat dikerumuni MALAIKAT atau tempat dikerumuni SYAITAN? HIBURAN melalaikan atau MAJLIS ILMU yang mentarbiah diri? Ke arah SYURGA atau ke arah NERAKA? Mahu pulang dapat DOSA atau mahu pulang dapat PAHALA? Dunia yang SEMENTARA atau akhirat yang KEKAL SELAMANYA?

Update semalam...

Kagum seungguh wa tengok gambar2 kuliyah Ustaz Azhar semalam kat Masjid shah alam. Wa tengok kat FB. Masa layan livestream tu wa dah nampak dah, memang ribuan yang datang ke kekuliyah Ustaz Azhar ni. Wa yang layan streaming pun rasa terkesan dengan kuliyah Ust Azahar.

Paling gua terkesan adalah bab, pelajari ilmu al-quran. Katanya walaupun kita belajar tajwid tu tak betul2. Tapi kalau kita terus belajar tanpa putus asa dan masih tak betul juga, itu tidak mengapa, kerana kita adalah hamba yang lemah tidak punya kesempurnaan.

Allah akan terima juga amalan kita. Sayu wa dengar. Lu orang pi la cari kat youtube ceramah Uztaz ni semalam . Rasanya dah ade kot kat Youtube.

Meh kita usha sikit gambar kuliyah tu..

UAI tengah beri tazkirah

Allahurabbi..

SEmua ceruk ramai manusia
Ramai kan yang pergi.

Setiap kuliyah ilmu, para malaikat rahmat akan sertainya. Tak tahulah mana satu malaikat dalam gambar2 tu. Dahsyat. Agak-agak apa perasaan orang yang tak suka pi kuliyah kalau tengok suasana ni. Semoga Allah beri hidayah pada mereka.

Teringat ayat last Ustaz Azhar sebelum menutup kuliyanya," keberkatan majlis ilmu bukan datang dari saya, tapi keberkatan dari kehadiran anda semua. Sekurang-kurangnya anda sudah terbukti dari salah seorang yang  mengimarahkan rumah Allah."


Wa dah banyak kali jumpe keter ade sticker ni. Mana nak cari ha? nak tampal kat kereta gua..
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin