Sabtu, 11 Februari 2012

Bile demam kepala dah terbayang kencing tikus!


Naik dari cuti, wa tengok opis gua dah macam rumah sakit. 

Walaupun suasana sunyi ( konon semua tekun buat kerja) tapi bunyi batuk dengan bersin dah macam irama dan lagu. Selang 5 minit, mesti ade yang batuk, mesti ade yang bersin. Sampai gua pun berjangkit kena demam. 

Alhamdulillah pagi ni macam dah kebah sikit demam gua. Semalam  punya la panas.

Kat opis, cerita tikus kencing, dengan denggi menjadi igauan mimpi ngeri bagi mereka yang demam. Asal lebih dari 3 hari je dah cuak. Tapi bab denggi ni memang banyak kes kat tempat gua. Hari2 KKM sembur kat kawasan perumahan.

Bab kencing tikus ni. Dorang kata virus tu datang dari persekitaran yang tak bersih. Mangsa-mangsa yang kena penyakit ni, kebanyakkannya baru balik dari mandi sungai, atau dari hutan. Pelik juga, hutan , sungai , air terjun, tu kan semuanya tempat-tempat yang bersih. Pastu sekarang ni dorang kata kalau beli, minuman tin atau makanan bertin, kena basuh dulu. Sebab takut ade virus melakt kat situ.

Pelik, dulu tak pernah pun keluar saranan ni, pastu, selamat je mandi air terjun. Tak pula nak risau dengan pasal kencing tikus mase mandi kat air terjun. Kencing orang ade la.

Semoga Allah jauhkan kita dari virus-virus ni semua. Teruk beb wa dengar cerita orang yang kena virus ni..

4 ulasan:

ILA HonEyBuNNy berkata...

seriyau jugak neh dengar...hati2 la kalau nak mndi manda kt air terjun or sungai..

moga kita semua terhindar ...amin..

delarocha berkata...

mintak di elakkan dari benda2 mcm ni..zaman moden ni mcm2 penyakit ada yea

roq berkata...

bahaye bai kencing tikus.....

THE LEKAT LEKIT STORY berkata...

sbb tempat picnic mcm waterfall skrg ramai org x jaga maka datang la tikus kencing merata2.. :D