|
pelik betul rumah ni |
Kalau tanya masalah ni kat penduduk Putrajaya, gua rase la mungkin 60% yang angkat tangan tinggi-tinggi sampai nampak ketiak.
Rumah gua? Ade juga.
Ade juga dengar orang tingkat atas dengan tingkat bawah sampai gaduh2 sebab benda-benada. Rumah lu orang macam mane? Ade masalah yang sama tak? Kebetulan ada hamba Allah post petua masuk rumah kat Facebook. So gua rasa cam bagus juga la kalau share kat sini.
Meh baca sikit...Antara petuanya..
1. Azan - Melaungkan azan ketika pertama kali masuk
rumah baru. Ia juga baik bagi bangunan yang telah lama ditinggalkan dan
tidak dihuni oleh sesiapa. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w. pernah
memberitahu bahawa sekiranya sesebuah bangunan (premis/rumah) itu
terlalu lama dikosongkan (tanpa penghuni) ianya akan dimasuki sejenis
makhluk halus (jin yg dikenali sbgai Al-'Ammar) yang suka tinggal di
rumah yang tidak berpenghuni.
2. Membaca surah Al-Baqarah -
Sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a., Rasululuuah
s.a.w. bersabda yang bermaksud; "Janganlah kamu jadikan rumahmu seperti
kubur (hanya untuk tidur), sesungguhnya syaitan akan lari dari rumah
yang dibacakan Surah Al-Baqarah."
3. Banyakkan Solat dan
Membaca Al-Quran - Dalam sebuah hadis lain pula, Rasulullah s.a.w. juga
menggalakkan agar kita memperbanyakkan solat dan membaca Al-Quran di
dalam rumah atau bangunan yang baru diduduki. Baginda bersabda yang
bermaksud: "Sinarilah rumahmu dengan memperbanyakkan solat dan membaca
Al-Quran." (hadis riwayat Al-Baihaqi)
4. Baca Surah Yassin,
Al-Fatihah dan Al-Ikhlas - Amalkan membaca surah Yassin setiap malam
terutamanya 7 malam pertama anda menduduki rumah atau bangunan. Baca
juga surah Al-Fatihah sebanyak satu kali, surah Al-Ikhlas 3 kali,
selawat ke atas nabi sebanyak 7 kali, ayat Kursi sekali, tetapi di ayat
terakhir bacalah sebanyak 7 kali.
5. Pagar Rumah Secara Islam -
Perbuatan memagar rumah dengan menanam atau menggantung sesuatu di
penjuru atau sudut-sudut tertentu di rumah atau bangunan yang diduduki
dengan kepercayaan bahawa benda tersebut akan menjaga dan memelihara
keselamatan penghuninya adalah perbuatan yang bertentangan di sisi
Islam. Bagaimana pun ada cara yang dibolehkan dan digalakkan mengikut
ajaran Islam. Caranya ialah dengan 'memagar rumah' dengan merenjis air
Yassin di sekeliling rumah.
Ikut panduan berikut: Ambil air
kemudian baca surah Al-Fatihah, ayat Kursi, Surah 3 Kul (Al-Ikhlas,
Al-Falaq dan Al-Nas). Kemudian tiup ke dalam air tersebut perlahan-lahan
hingga habis nafas. Setelah itu, jirus dan renjiskan air tersebut ke
setiap penjuru rumah dengan mulai dengan penjuru yang terletak di
sebelah kanan dan penjuru seterusnya, mengikut arah berlawanan jarum jam