Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

de wad bersama 'abah'


Weekend ni gua agak sibuk dengan tastmith herba di DS. Sabtu gua ke Sg. Rambai. Nak buat discussion tentang tasmith. Agak penat juga la kali ni. Antara penyebabnya gua balik ke Melaka kali dengan motor(kapcai) je. Mau patah pinggang.

Alhamdulillah, bab tasmith heba complete.

Agenda kedua adalah pergi usha abah gua yang sedang kena tahan wad. Abah dah banyak kali masuk wad, tapi dalam bebanyak kali, gua tengok kali ni paling sonang 'melayan' abah. Tu maknanya abah semakin sihat. Kalau dulu, abah masuk wad je, abah tak boleh jalan dan boleh di katakan abah akan lumpuh. Kali ini abah boleh jalan, dan boleh survive sendiri. Tak perlu orang teman dia di hospital di waktu malam. Kalau tunggu juga, abah akan ," dah balik2, abah nak tidor."

Insyaallah, dalam satu dua hari ni abah akan discharge dari wad. Pada gua yang tak bestnya satu je, Abah tak dapat wad yang sepatutnya. Patut abah dapat wad yang 1st class berdasarkan kelayakan abah. Tapi sebab katil penuh, abah kena di letakkan di wad yang 2nd class. 'Agak buruk ' la wad ni. Nak buat macam mana, wad zaman british.

bawa abah pergi jenjalan

Tak apa lah, harus gembira sebab antara pesakit-pesakit dalam wad abah, abah antara paling ceria. Teringat akan pesan rasulullah, supaya kita sentiasa melihat orang yang kurang bernasib baik, supaya kita akan sentiasa bersyukur.

Ok, gua akhiri posting ni dengan satu pesanan dari Rasulullah s.a.w

1. Sihat sebelum sakit
2. Muda sebelum tua
3. Kaya sebelum miskin
4. Lapang sebelum sempit
5. Hidup sebelum mati.

1 buah fikiran!!!:

Ardini Humaira berkata...

semoga ur abah cepat sembuh, amin...