Balik ganu kejap

sebelum ke airport untuk blah ke putra

Jumaat lepas wa balik ganu. Nak lepas rindu dengan anak dan isteri.

Walau sekejap, tapi alhamdulillah rasa rindu tu bak kata orang kira boleh terlerai la. Nono berpantang kat terengganu. Gua kat putrajaya sorang je. 'Bujang' la kate orang.

Makin comel plak wa tengok a'syah ni. Ruam kat dahi die pun dah ok dah. Berat dah makin naik. Sekarang ni dah a'isyah 3.5kg. Pipi pun makin bulat. Senyum pun makin manis. Gua suka panggil A'isyah  dengan panggilan a'isyah humairah. Sebab wa teringat Rasulullah s.a.w panggil Aisyah ' ya humairah' bermaksud pipi yang merah( cantik ).  Agaknya sebab tu pipi a'isyah selalu  merah. Bila merah je die akan menangis..

Bila dah sampai sini rindu sangat nak tengok dan dengar a'isyah nangis dengan pipi merahnya. Semoga Allah sentiasa kekal dan tambahkan lagi yang kebahagian rumah tangga gua ni dengan kehadiran Nurul A'isyah Laila.

"Ya  Allah beri la kesihatan dan kesejahteraan pada isteri dan anak ku."
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

6 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Abah cakap..

Flasher bodoh!

Takbir raya