Hopefully - hayati clip dan kisah ini...


Al-Qurtubi meriwayatkan cerita Ibni Shabih. Pada suatau hari ada seorang lelaki mengadu kepada Hasan al-Basri tentang masa kemarau yang menimpanya. Hasan al-Basri lantas berkata kepadanya: 
“Beristighfarlah kepada Allah s.w.t.”

Selanjutnya seorang lelaki lain mengadu akan kemiskinan yang menimpanya. Hasan al-Basri lalu berkata kepadanya: 
“Beristighfarlah kepada Allah s.w.t.”

Ada pula lelaki lai berkata : “Doakanlah aku supaya Allah s.w.t memberiku anak.” Hasan al-Basri kemudian berkata kepadanya: 
“Beristighfarlah kepada Allah s.w.t.”

Datang lagi lelaki lain yang mengadu tentang kebunnya yang kekeringan. Hasan al-Basri pun berkata kepadanya:
“Beristighfarlah kepada Allah s.w.t.”

Ar-Rabi lantas berkata kepadanya: “Beberapa orang lelaki mendatangimu mengadu pelbagai jenis perkara tetapi kamu menyuruh mereka semua untuk membaca istighfar!”

Hasan al-Basri menjawab: “ Aku sama sekali tidak mengatakan apapun dari diriku sendiri. Sesungguhnya Allah s.w.t berfirman:

Ertinya:
“Maka aku katakan kepada mereka: "Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun Niscaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat,Dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.” (Surah Nuh: ayat 10-12)

Ada seorang lelaki berkata kepada Hasan al-Basri : “Apakah seseorang tidak akan berasa malu terhadap Tuhannya? Bukankah dia melakukan perbuatan dosa laly memohon keampunan kemudian mengulangi perbuatan dosa lagi lalu memohon keampunan dan seterusnya?”

Hasan al-Basri lantas menjawab: “ Syaitan sangat berharap jika dia Berjaya menggoda kamu. Oleh kerana itu, janganlah kamu meninggalkan istighfar selama-lamanya.”

-:Gua banyak kali dengar kisah ni secara live. Tapi masa last dey tadarus masa ramadhan hari tu, kisah ini di bangkitkan. Saat tu gua sedang menghadapai satu situasi yang sukar. Gua buat benda ni, Allahurabbi...apa yang di hajat Allah beri serta merta..
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

1 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Abah cakap..

Flasher bodoh!

Takbir raya