Illahi! Andainya aku beribadat menyembah-Mu kerana gerunkan api neraka, maka bakarkan aku dengan api neraka jahanam ; dan jika aku menyembah-Mu kerana inginkan syurga, maka haramkan aku darinya ; tetapi jika aku menyembah-Mu kerana cintakan Engkau, janganlah Engkau haramkan aku wahai tuhan, daripada menikmati kecantikan-Mu yang azali.
Bukan kata atau doa dari hati ku seperti ini. Apa yang ada pada diri ini adalah hanya kehinaan yang amat jika nak di bandingkan dengan orang yang punyai kata hati ini.
Itu munajat dari hati Rabiatul Adawiyah..
Aku amat tidak sangkan yang diri ni yang sememangnya hina, tapi Allah dirikan aku betul-betul hadapan dengan maqam Rasulullah s.a.w. Terkedu yang amat sangat. Rasa macam jumpa orang sangat power. Hatiku amat tersentuh bila mengenangkan sepatutnya aku tidak layak. Tapi atas kasih sayang Allah, Dia temukan juga, Dia makbulkan juga permintaan aku untuk bertemu kekasih yang benar-benar kekasih. Air mata seperti budak kecik yang lama sangat terpisah dengan ibu ayahnya.
Hanya Allah yang tahu..
Aku melepaskan rindu yang lame sangat kat situ. Aku perhati elok-elok apa yang ada di maqam tu. Memang sekadar dinding. Tapi aku terperasan yang dinding hati ini terketuk oleh satu persaan kasih dan sayang.
Allahumma sholli a'ala Muhammad...ya nabi..hati ni rindu pada-Mu..
Tags:
Travellog umrah 13