Daisypath Anniversary tickers

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Kosong..



Perasaan..minda..semuanya kosong.

Terasa amat asing dengan diri ni. Dulu dengan sekarang pada aku semuanya dah banyak berbeza. Aku rasa aku keseorangan sekarang. Walaupun sebulan lebih aku di tinggalkan oleh ibu, tapi aku tak boleh lagi nak berdikari.

Tak sama macam dulu, masa masuk kolej, rasa heppy sebab ibu jauh. Tapi hari ini ibu bukan lagi jauh. tapi ibu dah pergi dan takkan kembali.

Ibu, Allah uji adik banyak sangat lepas ibu pergi. Sampai menangis bila memikirkannya. Life tunggang terbalik. Orang sekeliling tak faham. Tapi adik sangat yakin , selain dari doa yang adik doakan, ibu pun doakan untuk adik di sanakan.

Ya Allah, di saat mereka menghina dan menuduhku berbagai-bagai.. kau tetap bersama ku. Doa ku tetap kau terima. Malah kau berikan rezeki yang sangat banyak. Dan perkara yang paling aku tak boleh lupa, kau anugerahkan aku untuk jadi anak yang mengimami solat jenazah ibuku. Allahurabbi..hanya kau yang mampu beri.

Dan aku cuba untuk tersenyum kembali..tapi senyuman ini tak lagi seperti dulu...

0 buah fikiran!!!: