Pandang ke hadapan

Satu bulan sama dengan tiga puluh hari. Akhirnya tamat sudah cuti ku di Melaka ini. Esok aku akan ke Kuala Lumpur.Rasanya terlalu berat aku nak bergerak ke sana. Mungkin sebab dah lama duduk kat rumah sendiri. Tetapi aku puas dengan cuti ini, segala yang aku rancang semuanya berjalan lancar.

Hari esok adalah hari permulaan baru untuk semester baru. Selalunya masa inilah semangat aku berkobar-kobar. Tapi kali ni berbeza. Entah lah aku terpaksa pergi kerana tuntutan kehidupan. Kali ini aku berazam akan jadikan 6 bulan ini adalah satu jangka masa yang sangat indah. Matlamat semester ini;

  • Hadir semua kelas
  • Belajar bersungguh-sungguh
  • Tidak tinggal sembahyang
  • Dapat anugerah dekan.
  • Diet dan pergi gym.

Ha...semoga aku dapat lakukan apa yang aku hajati. Sekejap lagi aku nak cat hall depa rumah. Itu adalah tugas terakhir aku.

Ya Allah, ampunilah aku kerana aku ini berdosa, ampuni dosa abah dan ibu kerana mereka kasihkan aku, ampunilah keluarga dan sahabat ku kerana mereka adalah semangat ku. Ya Rahman Ya Rahim, sesungguhnya aku tidak layak jadi hambamu,berilah aku sedikit ruang untuk aku menebus dosa ku. Amin.

Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

2 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Filem susuk

Silat Pengantin