Menulis Bukan Kerna Nama

Jumaat, 22 Mei 2009

Bulan Ke 6

Renung masa depan

Seminggu lagi cukuplah 6 bulan aku berkhidmat di AG ni. banyak bende aku da lalui. Banyak giler..dan ada juga yang aku buat berkaitan dengan masa depan aku. Aku dah jadi biasa dengan kerja-kerja di sini.

Perasaan untuk jadi orang sini masih tidak timbul. Kalau boleh aku nak berpindah randah mencari pengalaman di tempat orang lagi. Putrajaya ni taklah berapa asing bagi aku. Sebab dulu aku belajar pun dekat cheras. Tak lah jauh.

Kat sini aku dah mula aktif main gym. Cuma yang masih aku kesal aku masih belum boleh main futsal lagi. Memang teringin la. Dari kecik main bola, ni belum tua dah tak boleh main bola.

Cerita pasal tempat kerja aku ni, kerja yang aku buat sekarang lebih dari kepada pemantauan. Aku nak belajar tentang waran la. Sebab aku tengok waran ni perbelanjaan kerajaan. Lagi banyak aku tau mane perginya duit rakyat.

Aku target paling lama aku bekerja di sini 3 tahun. Lepas tu aku nak pindah. nak pergi buat kerja mencabar. Bermain dengan sistem kewangan negara. Seronok beb.

Bila di fikri balik, apa yang dah berlaku 6 bulan ni, rasa macam tak percaya. Tentang kahwin, relax dulu. Biar aku bermain cinta dahulu. Capai satu benda yang aku nak capai dulu baru kahwin la. Target aku kahwin 27. So ade 2 tahun stengah lagi ni.

Harap apa yang pernah di doakan oleh ustaz Marzuki pada diri aku termakbul. Aku sudah ada di landasan yang betul. Cuma nak speed atau nak jalan je...
Share:

1 comments:

HLiza berkata...

No, kena panjangkan target tu. Kahwin bila umur 30. Ni arahan nih.