Life is short

Kelakar video ni. Tapi kalau kite pk balik, baru kite sedar makne tersirat clip ni. Aku cuba memahami, mengapa kehidupan terlalu singkat? Aku sendiri seperti tidak percaya umurku sudah berusia 24 tahun. Alhamdulillah aku masih bernafas lagi.

Ada di kalangan member rapat ku, tidak berjaya mencapai umur seperti aku. Dan aku bersyukur, masih diberi peluang menghirup udara segar di Bumi. Ada yang meninggal kerana mengidap barah, ada yang kerana kemalangan.

Menjadi satu renungan untuk aku bende ni, ada orang lahir-lahir saja sudah mengidap penyakit. Malah sakit yang diidapi tu pulak memang berisiko membawa maut. Ada yang tuhan bagi 6 bulan, 6 tahun 23 tahun, itu pun sudah bernasib baik. Kenapa mereka-mereka ini diberi ujian sebesar ini. Mana silap mereka?

Hari ini aku sedar, betapa beruntungnya aku, kerana lahir sihat seperti ni. Aku rasa menyesal kerana mengeluh tentang kehidupan. Bagaimana agaknya perasaan mereka yang sedang berusaha melawan takdir.

Ada di antara manusia di bumi ini sudah tahu tempoh hayat mereka. Mungkin ini anugerah ataupun musibah bagi mereka. Mereka ini sudah pasti akan sentiasa melakukan kebaikan, kerana mereka sedar hidup tidak tidak lama.

Tapi bagi mereka yang tidak merasai semua ini, masih berlagak melakukan kejahatn dan kejahilan. Nasib baik sempat taubat, nasib tidak baik meninggal di tepi jalan.

Aku sendiri tidak tahu akhir hayatku bagaimana, tetapi aku selalu menimpikan aku dianugerahkan menjadi ahli syahid.

Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

Catat Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Filem susuk

Band Rimba Bara

Silat Pengantin