Menulis Bukan Kerna Nama

Isnin, 22 Jun 2009

Aku pernah jadi 2nd head prefect tuh~!

Sumer orang tak percaye aku penah jadi 2nd head prefect dulu. Adoiii..aii..takde muke ke aku ni. Ingat aku kat sekolah dulu penyangak ke. Ni ha bukti aku pakai baju prefect dulu. Aku ade satu rahsie..

Dulu mase aku sekolah rendah aku prefect juga. Start dari darjah 5 dulu. Mase darjah 6 ade stu kes, aku main2 la dekat tepi surau sekolah aku dulu. Nasib tak baik aku nakal sangat, aku terbaling batu kat member aku. Tapi member aku ni lincah. Die elak batu tu, batu tu kene la cermin tingkap surau yang beru dibina sebulan.

2 hari kemudian, semue budak skolah agama sbelah petang kene panggil. Mampus...cikgu kadir merangkap guru pengawas aku tu cari sape yang pecahkan tingkap tu. Hawau member aku tu die pecah lubang. Kantoi aku mase tu.

Hukumannya, anda dipecat dari badan pengawas sekolah kebangsaan bukit beruang...huhu..

Nasib dah bulan 8 mase tu, aku pakai juga baju pengawas tu. Takut kantoi ngan ibu..hahaha..akhir tahun ibu tanye mane sijil pengawas? Aku jawab tetinggal kat kelas..


Tapi, mase sekolah menengah aku sendriri tak sangke aku jadi Penolong Ketua Pengawas SMK Bukit Baru. Dahsyat tuu..paling populor tu satu sekolah..hari2 masuk bilik pengetue..
Mase tu aku jadi anak emas pengetua...Maklumlah asal kursus luar skolah je aku yang dihantar. Komfem la sebab aku pernah naikkan name sekolah aku, seningat aku mase kursus kepimpinan peringkat zon selatan. Semua yang datang ketua pengawas. Aku je penolong. Segan gak. Kursus tu 4 hari. Di akhir kursus tu, aku dipilih pemimpin terbaik, bayangkanlah dalam seratus lebih aku terpilih..cikgu sekolah aku plak tu yang announce..mau tak kembang..
Dahsyat...
Pernah juga aku kasi gempak sekolah aku. Nak letak jawatan..ceh mase tu rase macam Menteri plak. Adelah macam time Tun Mahathir nak letak jawatan dulu. Sume tak bagi plak tu..hahha..memang aku cari publisti mahal mase tu..
Pengalaman aku jadi 2nd head prefect ni buka mate aku tentang cikgu melayu yang malas. Aku ingat lagi..
Ade kes gaduh kat sekola..kes profile tinggi juga la melibatkan cine dan melayu..Due2 cikgu tangkap, budak cine tu cikgu bagi nasihat je. Tapi budak melayu dipukul seperuh mati..(pada pandangan aku je ar).
Aku tanye cikgu tu kenape, dia jawab," kalau pukul budak cine nanti balik die tahan cikgu kat luar bawa gang, cikgu pukul budak melayu sebab nak ajar anak bangse sendiri."
Hmm..itukah pegang seorang guru bernama Hassan bin Subuh.? Aku memang anti cikgu tu sejak hari tu.
Tapi ape2 pun rindu aku time tu. Kalau aku dapat kembali zaman sekolah, sumpah aku taknak jadi pengawas!
Share:

3 comments:

Tanpa Nama berkata...

ala rilekslah adik beradik kita semua pernah jadi pengawas or ketua pengawas, cuma kau terserlah waktu sekolah menengah. Otai-otai kau takut gak kat ibu ya, kira ibu lagi otai la, hahaah. Wei kau sebut nama si hasan tu kat sini mahunya tak tersedak orang tua tu. Sampai ke akhir menjadi misteri samada dia tahu ke tak yang aku ni kakak kau kat sekolah sungai udang tu, tapi pernah sekali dia nampak kelibat aku kat kantin, bila aku blah, dia terus bercerita pengalaman dia kat skolah bkt baru kat cikgu2 lain. Misteri..misteri.

Mr feckry berkata...

aku tau die dah aim ko

HLiza berkata...

Ni apa kes membangga-banggakan kenangan lama tu..dah jadi historylah. Kalau nak tau along ketua pengawas sekolah rendah..tak kecoh pun!