Maal Hijrah 1431

Tanggal satu muharam 1431,

Seluruh peminat bola sepak malaysia bergembira kerana penantian selama 20 tahun untuk mendapat pingat emas di sukan Sea tercapai.

Game tadi betul-betul bikin aku pecah kepala. Dah la main time maghrib. Mungkin ada hikmah pasal, ramai rakyat malaysia mendoakan supaya Malaysia menang game tadi. Bukan aku nak up sendri player Malaysia, tapi siapa yang tengok game tadi boleh nampak sendiri bila semangat dorang meluap-luap nak menang.

Imej bola sepak Malaysia aku rasa sudah kembali bersih setelah tamatnya game tadi.

Aku anggap satu tindakan bodoh dari jurulatih Vietnam bila dok mengharap keeper dia main tadi. Memang keeper dia dah tak boleh main. Dah injured. Tapi coach vietnam yang punya la sengal dok biar je keeper tu main.

Jangan nak salah kan keeper vietnam la sebab kalah. Dorang boleh salahkan coach yang mangkuk tu.

Semangat player Malaysia memang aku tabik la. Sampai minit last pun dorang still menyerang. Memang nampak Rajagopal dah suntik yang menyerang lebih baik dari bertahan.

Bangga aku Malaysia menang pingat emas sukan sea.

Pengkritik bola sepak malaysia, lu orang boleh tutp mulut.

Peminat team bola sepak malaysia, ayuh kita bangkitkan zaman kegemilangan bola sepak malaysia!
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

2 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Abah cakap..

Flasher bodoh!

Takbir raya