Abah cakap..

Lama tak dengar cerita abah.

Hari ni abah balik rumah melaka. So tadi, aku decide nak ajak abah, ibu dan acik pergi makan ikan bakar kat muara Sg Duyong.

Lama juga tak layan ikan bakar dengan dorang. Macam biasa la, order punya la banyak. Sebab acik dok ngada-ngada nak makan ayam pandan bakar. Kalau tak aku rasa memang habis semua. Ibu kata," nanti along balik melaka kita makan kat sini lagi la."

On the jalan balik, abah suka cerita pasal isu semasa dengan aku. " Kecoh betul sekarang dengan isu kepala babi."

"Agaknya, surau taman kita tu anytime je boleh kena macam tu," tambah aku pada abah.

"Memang la, kawasan perumahan taman kita kan tak banyak orang Islam. Jadi tak ramai la yang pergi surau," jelas abah.

"Tapi kalau kena baling dengan kepala babi nanti, tak siapa tahu?" tanyaku spontan.

"Kalau jumpa kepala babi, angkat je. Pastu kita samak. Bersihkan betul. Guna tanah dengan air. Dah bersih boleh la sembahyang. Tak payah kita pergi kecoh sampai nak bergaduh. Zaman nabi s.a.w, orang kafir kencing kat madrasah, tak pula nabi s.a.w pergi marah atau bakar rumah orang tu. Cuma bersihkan balik. Sama juga masa tentera abrahah nak serang kaabah, orang ramai semua lari. Cuma doa minta Allah selamatkan kaabah saja. Pastu Allah perintahkan burung ababil serang tentera abrahah," ulasan abah yang cukup dalam bagi aku.

Betul juga, kita tak perlu ikut perasaan. Tuhan suruh kita imarah rumah-Nya. Contoh nab s.a.w yang abah bagi pun jelas. Cerita Abrahah dengan burung ababil tu boleh digunakan untuk situasi yang berlaku sekarang. Kita minta pada Allah.

Mungkin ada orang kata, "kita ni asyik minta pada Allah. Tapi usaha taknak. Mana nak jadi."

Bodoh betul orang yang kata macam tu, sebab dia lupa agaknya yang kita ni hamba Allah. Tak punya apa. Kudrat nak usaha pun tuhan bagi. Apa salahnya kita nak doa.

Ada pula orang kata," doa ni , orang alim boleh la makbul. Macam kita ni tak alim mana nak makbul."

Doa bukan penentu orang alim. Nak doa makbul buat lah perintah Allah. Ni tidak, nak jadi tu, nak jadi ni, nak itu nak ini, merungut susah, tapi minta pada Allah pun taknak. Yang jenis ada yang minta tapi biadap pun ada juga. Jenis yang tak solat. Nak macam-macam tapi Allah minta dia solat, dia buat bodoh je. Bila azan, baring je. Silap-silap azan subuh pun dah tak pernah dengar.

Itulah kata Abah.

Kata-kata tu buat aku terkedu kejap. Fikir balik pasal diri aku. Jauh dah aku ni.
Orang lama, penuh dengan pengalaman. Kita ingat dorang senyap macam tak bermaya.

Tapi, diam itu tanda berisi.
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

9 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Band Rimba Bara

Filem susuk

Silat Pengantin