Menulis Bukan Kerna Nama

Isnin, 25 Januari 2010

Akunakkegym


Malam ni aku nak pergi gym.

Lama gila tak pergi. Agaknya, lepas raya aku cuma jejak kaki 2 kali je. Ok, aku perlukan semangat untuk istaqamah ke gym setiap hari.

Aku menyeru semua pembaca blog aku memberi aku semangat yang tahap gaban supaya aku akan kuat semangat untuk muncul kembali seperti 2 tahun lepas. Nanti bila aku dah dapat balik power aku, aku akan masuk program contender mewakili pasukan rumah merah sekolah kebangsaan bukit beruang.

Eyyyaaaah!!

Nak pergi gym ni memerlukan semangat yang amat luar biasa. Sebab, kalau aku main hari ni, comfirm esok aku akan sakit badan.

Cerita pasal sakit badan, dulu masa duduk kat PV 225. Abe nak ikut aku pergi gym. Aku cakap," kau tahan ke main gym?"

" Tak ada hal la," jawab abe dengan penuh keyakinan.

Sampai kat gym aku suruh dia follow apa yang aku buat. Saja aku letak yang berat-berat.

"Push lagi be, push lagi!" jerit aku dengan harapan dapat bagi semangat masa Abe buat bench press.

"Eyahhhhhhh!" dah macam nak beranak aku tengok muka dia masa nak angkat bar tu.

Keesokan harinya, fana awek abe call aku." Zul ni semua ko punya pasal abe tak boleh keluar.

Aku tanya balik," apa hal pula pasal aku?"

" Abe kata badan dia sakit pergi gym dengan kau semalam . Kau suruh dia angkat berat-berat. Kesian dia tau. Melepas aku nak tengok wayang petang ni," luah fana dalam bunyi membebel.

Aku toleh sebelah, Abe tengah syok makan cendol dengan aku. "Cinabeng, lu kencing awek lu pakai nama gua pula."

Tapi betul juga, sesiapa yang follow aku pergi gym, mesti merungut badan sakit. Antaranya, ali, tesen, ajoy, abe, capik dan juga eman manan.

-tadi lunch balik rumah, terkejut tengok musa sembahyang zohor-
Share:

4 comments:

~W..S..R..~ berkata...

Caiyokkk!!!

nanti jap... ker sebenarnye berat badan dah naik balik nie???... terus terang jer lah.. huhuhu... kantoi...

hans berkata...

itu ko ker yg dalam gambar sebelah kiri tu?
owh,kira badan ko tough la yer?
pasnih bawa aku gi gym plak
aku nak gi segan lah
xkan sorang2 nak gi
cam malu jer
hahaha

embun d tengah malam berkata...

sib baik aku tak folow ko...

tidak mau tecabut tangan aku

Mr feckry berkata...

wsr-memang dah naik pun tanpa disedari

hans-aku le tu

embun-tak pernh pun dengar tgn orang tercabut.