Bizi betul waran ni



Tension buat waran ni. Sekali datang, banyak giler. Aku pula boleh tersalah key in. Entah apa yang aku ingat masa aku key in benda ni.

Dorang ni, petang baru nak hantar waran. Pastu benda tu nak kena cepat pula proses. Memang la aku taip dengan laju macam super saiyan. Kepala aku pula cam agak tak beberapa nak betul. Balik je pening.

Cik su kata sebab aku dengar radio. Kepala hotak. Simbah cat merah kat bilik dia baru tahu.

Hari ni aku ambil keputusan tak nak dengar lagu. Nak boikot speaker aku. Biar speaker tu tak berbunyi hari ni.

Hari ni hari jumaat. Hari ni ada gerhana matahari. Dah lama aku tak tengok gerhana. Dalam hidup aku , cuma sekali aku dapat tengok gerhana matahari.

Masa tu, aku tak ingat umur aku berapa. Rasanya sekolah rendah kot. Abah tanya aku," Adik nak tengok gerhana matahari tak?"

"Nak2," jawab ku dengan muka yang agak comel kot.

Abah bawa baldi letak kat laman rumah aku. " Adik tengok air dalam baldi ni, nampak bayang-bayang matahari," kata abah.

"Nampak la, macam matahari kena makan je," jawab aku.

Matahari tu lama kelamaan jadi macam cincin. Punya la heppy aku masa tu dapat tengok gerhana matahari .

Hari ni aku tak dapat tengok, sebab takkan aku nak bawa baldi letak kat depan ofis aku. Comfirm kena gelak punya.

So, solat sunat gerhana je la..
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

6 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Dendang anak

Komik Hong Kong

This story of the..