Langkau ke kandungan utama

hodoh ke kalau aku botak?

gambar ni masa awal 2006

Aku tak suka muka aku bila time kepala aku botak.

Sebab nanti nampak terserlah teluk ramunia kat kepala aku. Tapi aku suka dengan fesyen botak. Sebab nampak garang dan ganas. Kepala pun ringan. Tak nampak serabut. Nampak bersih je.

Aku selalu fikir, " kalau botak mesti aku tak ada ong."

Sebab masa form 3 aku pernah botak. Aku dengan geng aku botak bersama . Ali, kulop, kimi haizat dan aku. Dalam semua ni aku rasa, muka aku yang paling hodoh bila botak. Dan ia di akui oleh seorang cikgu aku," kamu nampak macam budak jahat la kalau botak."

Masa kat kolej dulu, aku pernah botak. Masa tu aku baru lepas gunting rambutku menjadi botak. Aku kat dapor, masak meggy kari letak bawang besar pastu tumis dengan sambal.

Tetiba member aku nik menegur dengan teguran yang aku rasa macam nak tempah cili boh ke mulut ," zul, bila ko potong botak? macam sial doh muka ko botak." Dalam hati masa tu macam tuhan saja yang tahu.

Aku tak puas hati, masa tu aku ambil keputusan yang agak agresif untuk mms gambar aku ni kat along. Jawab dia," macam baru balik haji, lari la awek ko."

Gambar ni adalah kali terakhir aku botak. Sampai sekarang aku tak pernah botak. Tapi dalam hati aku memang teringin giler. Kata orang tua-tua, rambut ni mahkota lelaki. Tapi aku tengok kat luar ramai je yang nampak cool dengan berfesyen botak.

Tapi tak kurang dengan yang memang tak padan dengan diorang.

Aku tulis ni sebab aku macam rasa rimas dengan rambut aku yang cam dah mula panjang. Tapi bila tanya pendapat orang, dorang mesti kata," rambut ko pendek lagi la."

Nasib aku tak ada gambar aku botak dengan member2 aku masa form3 dulu. Kalau ada cofirm aku dah frem kat belakang pintu bilik aku.

-oh tidak! rambutku gugur lagi sehelai-

Ulasan

amirahsyuhada berkata…
kadang2 aku suka ko botak, kadang2 tak. ala buat je box, ko nak aku guntingkan? Ko la satu2nya manusia aku pernah guntingkan rambut.
Mr feckry berkata…
taknak la ko guntingkan

Catatan popular daripada blog ini

Band Rimba Bara

Band rimba bara.

Mungkin lu orang tak pernah dengar nama band ni. Sebab band ni dah lama menyepi. Band sebenarnya berada di zaman masa lu orang hingus meleleh kejar-kejar dengan jiran main galah panjang.

Band Rimba bara ni memang pernah top dulu. Band ni femes dengan lagu anak etek tok wi, pukul berapa datok harimau, gelang si paku, dan beberapa lagi hits mereka yang pernah jadi igauan.

Kalau lu orang tak kenal, dia sebenarnya sezaman dengan Black Dog Free, Zurah Three, Amr Curl.

Inilah wajah vokalisnya. Nama vokalisnya adalah ZUL KAPAN. Dengar cerita band ni stop dan menghilang sebab vokalisnya telah menghilangkan diri. Gua pun tak tahu kenapa dia menghilangkan diri.

Sehingga kini kehilangan beliau sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Satu ketika dahulu vokalisnya pernah menjadi kegilaan remaja , rebelia, dan retua di zaman itu. Di mana-mana saja wajahnya terpampang di jadikan poster.

Beliau juga menjadi rebutan syarikat pengiklanan seperti, renoma, crocadile, dan hello kitties.

Kisah sk…

Oh mat Ganja

Oh mat ganja...
Batang betik botol coca cola
Ganja datang dari pulau jawa
Lalalala....

Pernah dengar lagu ni? Kalau main gitar code dia C, am, f, g.

Lagu ni tesen yang ajar gua( aku masih orientasi dalam guna ganti nama ini) main. Gua senang dapat lagu ni, pasal senang giler.

Gua nak cerita pasal ganja. Lu orang nak dengar or not itu lu orang pasal.

K, gua tahu story ganja dengan student IPT memang tak boleh di pisahkan. Bohong le kalau lu orang tak pernah dengar. At least yang awek tu, mesti pernah dengar classmate lu orang ambil benda ni kan.

Dalam pengalaman gua, gua tak isap. Tapi member gua dulu ramai yang isap benda ni. Ganja atau lebih dikenali sebagai canabis atau hemp memang top la bagi bebudak IPT. Pasal ini satu-satunya jenis dadah yang murah. Pasal tu Bob Marley tanam kat Jamaica pokok ni.

Meh gua nak cerita pasal bahayanya ganja bagi orang yang tak isap. Boleh sampai mati tau.

Cerita dia begini. Gua telah di datangi oleh member gua yang gua panggil Fabb. Dalam gua lepak dengan di…

Telur separuh masak

Makanan berkhasiat penting untuk diet yang sihat. Kalau makan junk food je, pastu konon tak makan nasi, ayam, daging...mana boleh.

Sebenarnya protien gua dah habis. So, gua tak nak ambil protien untuk muscle lagi. Alasannya adalah sebab costnya mahal. Sebagai alternatif lain, gua tukar protien susu tu dengan makanan yang berprotien.

Atually gua masih lagi amalkan diet tak makan nasi. Tapi gula gua dah start minum dah. Tak pantang, dah minum macam biasa dah. Sebab gua pernah try, tanpa protien muscle tu dan diet tak makan nasi dan dan tak sentuh gula badan gua memang tak boleh tahan. Dulu masa ada protien muscle tu badan gua steady je.

Setelah gua tanya dengan otai2 bina badan, dorang kata telur separuh masak adalah alternatif yang terbaik. Sebab dia mengadungi jumlah protien yang banyak. Tapi mesti sepruh masak. Jangan pula di goreng. Tapi kalau rebus ok.

Telur separuh masak bagus untuk dijadikan breakfast meal. Setakat ni gua cuba makan telur sepruh masak dua biji masa breakfast. Sebab g…