Langkau ke kandungan utama

cabar diri SENDIRI

Orang muda suka berimpian besar, bercita-cita tinggi. Tapi kendirinya lemah.

Itu kata-kata pengacara Expose Mistik-kisah seram semalam. Cakap dia tu ada benarnya, sebab buat cakap dia tu buat aku terasa.

So aku bertekad untuk turunkan berat badan sebanyak 15kg sebelum bulan 6 ni. Pasti ada yang kata ," ceh, gua ingat nak pasang impian tinggi-tinggi. Rupanya nak turunkan berat badan je." Lantak la korang nak kata apa.

Actually aku sedang dalam prosess untuk capai aim aku tahun ni. Luzon United aim. Nampak macam terlalu banyak nak kena buat. Tapi bila di fikir ayat openning entry aku tu, macam ada zouk masuk dalam jiwa aku.

Hari ni aku cabar diri aku, puasa . (simple)

Kenapa aku nak puasa? Pasal aku nak cabar diri aku, boleh tahan tak lapar. Cabaran ini kecil. Tapi pada aku memberi significant yang besar. Kalau nak semua boleh jadi.

Semalam aku tanya amid," apa cerita wani kau tu?"

"Tunggu je la february ni." Pelahan je jawab dia. Mungkin pasrah je kot.

"Apa pula tunggu mid, lawan tetap lawan mid," sound ku pada mamat yang selalu ambil masa terlalu lama bila mandi ni.

"Andai la jodohku ada dengan wani ni, aku bersyukur. Tetapi jika memang di takdirkan tiada, akan ku cari pegantinya," itu jawapan Amid.

Tetiba pc aku berbunyi la, tapi kali alunan muzik dia lain sikit. Bunyi merdu ya amat. Kalau di layan memang best. Lagu tu aku rasa macam lagu berasal dari Asia Barat.

La..mohabbatein rupanya...

Ulasan

Would Self-reliant berkata…
waaaoww.. hensemnye.. macam hero superman..
to amid, takpelah kalau amid dah cakap macam tu.. semakin matang nampaknye amid.. dan awak sebagai kawan harus memberi kekuatan untuk amid.. ok ;-)
Mr feckry berkata…
superhero jalanan..akan menjadi hero jika ada makcik takut tengok manusia pakai topeng hantu.
usana ada..guna la usana kasi kurus

Catatan popular daripada blog ini

Oh mat Ganja

Oh mat ganja...
Batang betik botol coca cola
Ganja datang dari pulau jawa
Lalalala....

Pernah dengar lagu ni? Kalau main gitar code dia C, am, f, g.

Lagu ni tesen yang ajar gua( aku masih orientasi dalam guna ganti nama ini) main. Gua senang dapat lagu ni, pasal senang giler.

Gua nak cerita pasal ganja. Lu orang nak dengar or not itu lu orang pasal.

K, gua tahu story ganja dengan student IPT memang tak boleh di pisahkan. Bohong le kalau lu orang tak pernah dengar. At least yang awek tu, mesti pernah dengar classmate lu orang ambil benda ni kan.

Dalam pengalaman gua, gua tak isap. Tapi member gua dulu ramai yang isap benda ni. Ganja atau lebih dikenali sebagai canabis atau hemp memang top la bagi bebudak IPT. Pasal ini satu-satunya jenis dadah yang murah. Pasal tu Bob Marley tanam kat Jamaica pokok ni.

Meh gua nak cerita pasal bahayanya ganja bagi orang yang tak isap. Boleh sampai mati tau.

Cerita dia begini. Gua telah di datangi oleh member gua yang gua panggil Fabb. Dalam gua lepak dengan di…

Band Rimba Bara

Band rimba bara.

Mungkin lu orang tak pernah dengar nama band ni. Sebab band ni dah lama menyepi. Band sebenarnya berada di zaman masa lu orang hingus meleleh kejar-kejar dengan jiran main galah panjang.

Band Rimba bara ni memang pernah top dulu. Band ni femes dengan lagu anak etek tok wi, pukul berapa datok harimau, gelang si paku, dan beberapa lagi hits mereka yang pernah jadi igauan.

Kalau lu orang tak kenal, dia sebenarnya sezaman dengan Black Dog Free, Zurah Three, Amr Curl.

Inilah wajah vokalisnya. Nama vokalisnya adalah ZUL KAPAN. Dengar cerita band ni stop dan menghilang sebab vokalisnya telah menghilangkan diri. Gua pun tak tahu kenapa dia menghilangkan diri.

Sehingga kini kehilangan beliau sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Satu ketika dahulu vokalisnya pernah menjadi kegilaan remaja , rebelia, dan retua di zaman itu. Di mana-mana saja wajahnya terpampang di jadikan poster.

Beliau juga menjadi rebutan syarikat pengiklanan seperti, renoma, crocadile, dan hello kitties.

Kisah sk…

Telur separuh masak

Makanan berkhasiat penting untuk diet yang sihat. Kalau makan junk food je, pastu konon tak makan nasi, ayam, daging...mana boleh.

Sebenarnya protien gua dah habis. So, gua tak nak ambil protien untuk muscle lagi. Alasannya adalah sebab costnya mahal. Sebagai alternatif lain, gua tukar protien susu tu dengan makanan yang berprotien.

Atually gua masih lagi amalkan diet tak makan nasi. Tapi gula gua dah start minum dah. Tak pantang, dah minum macam biasa dah. Sebab gua pernah try, tanpa protien muscle tu dan diet tak makan nasi dan dan tak sentuh gula badan gua memang tak boleh tahan. Dulu masa ada protien muscle tu badan gua steady je.

Setelah gua tanya dengan otai2 bina badan, dorang kata telur separuh masak adalah alternatif yang terbaik. Sebab dia mengadungi jumlah protien yang banyak. Tapi mesti sepruh masak. Jangan pula di goreng. Tapi kalau rebus ok.

Telur separuh masak bagus untuk dijadikan breakfast meal. Setakat ni gua cuba makan telur sepruh masak dua biji masa breakfast. Sebab g…