Menulis Bukan Kerna Nama

Ahad, 10 Januari 2010

Saturday Night Drift



dalam scene kalau korang perasan aku ada dalam ni.


Kalau korang pernah pergi tengok drift kat USJ malam sabtu, mesti korang pernah jumper seorang bouncer yang jaga kat pintu masuk. Mamat ni pakai baju Angel D5, pastu pakai snow cap, pastu ada pakai banggel, pastu pakai rantai leher naga, dan lepas tu pakai cincin 3 biji, yang satu tu ada batu keris.

Agak-agak siapakah mamat yang macam gangster tu?

Akulah, siapa lagi.

Aku pun tak sangka aku boleh jadi macam tu. Dulu, masa belajar kat kolej. Masa tu hujung minggu tak ada apa nak buat. Member rumah aku, namanya Aftarul Hakim.

Sepupu dia ada join satu kelab dirft kat USJ. Dorang ajak kerja part time kat sana.

Satu hari , sampai turn aku kena jaga kat enterance. Aku tengok semua orang nak masuk tu, cam hawau je. Berlagak gangster. Nak masuk pun siap nak pakai buah 3line. Walaupun masa tu badan aku memang macam Van Dame, tapi muka aku ni tak nampak ganas.

So aku pun dengan sengaja dress up macam tu. Tak disangka, semua cuak nak buat hal. Memang macam gangster betul la siapa tengok aku masa tu. Boss aku Afai, pun cuak tengok aku masa tu.

Pengalaman aku kerja kat situlah yang buat aku kenal apa makna perkataan DRIFT. Sebelum haram aku tak layan.

Masa mula-mula kerja, rasa macam tak nak kerja. Nak tengok je dorang drift. Tapi bila dah tiap-tiap minggu, naik muak pula aku tengok. Bagi sesiapa yang tak pernah rasa naik dengan driver yang pandai buat drift, meh aku bagi tahu apa rasa bila naik.

Macam naik rollercoster!

Masa follow Afai, sempat juga muka aku terselit dalam filem impak maksima. Kalau nak tahu part mane, korang cari sendiri.

Lama betul tak jumpa korang. Aku tengok muka Oan asyik masuk tv je dalam cerita impak maksima siri.

-entry drift ni aku tulis pasal aku baru balik tengok kat maeps dengan Luzon United. So terkenang balik zaman dulu kala-
Share:

6 comments:

Tanpa Nama berkata...

yang tergoyang-goyang tu ke? bole tahan laaa cara lakonan...

Tanpa Nama berkata...

lupa plak nak tanya... napa takde dialog sepatah haram pun...

embun d tengah malam berkata...

dialog dia impak maksima yang latest nanti kot..

paling goyang si penang

Mr feckry berkata...

aku jadi stunt awal la wei..

Would Self-reliant berkata...

aaa.. ade2.. nampak dah.. tahun bile tu yek? cam best jer.. agak2 ade lagi tak tempat tu.. pegi jom..

Mr feckry berkata...

ada. kat MAEPS. Kat dengan upm. Highway yang nak pergi putrajaya kat exit 5. Cari signbord mardi.