Langkau ke kandungan utama

Rumah terbakar panggil bomba, hati terbakar siapa tahu?

Giler gempak motor yang bertemakan bomba ni. Kalau jual kat kedai motor Ban Zen, comfirm aku dah beli.

Kalau time tu aku kekurangan modal, alternatif terbaik adalah trade in motor skuter acik then amik motor ni . Rasanya tak ada siapa nak membebel atas perbuatan aku lepas tengok motor ni.

Lepas beli, aku nak remmmmmppp depan rumah tuan hj Ismail.!hahaha!(jahatnyer aku. Cam dalam citer remp-it pula)

Dulu aku pernah duduk dekat Kuala Selangor. Masa tu abah kerja kat situ. Dekat giler rumah dengan offie abah. Tiap-tiap pagi aku akan ikut abah lalu lubang kecik belakang rumah ( lubang dekat pagar, tak tahu siapa yang buat) pergi ke tadika al-huda.

Satu hari di rumah aku (rumah kat kuala selangor) , aku main sorang-sorang. Sebab masa tu aku terpengaruh dengan WWF. Idola aku masa tu Ultimate Worrior.Aku ikat tali kat lengan, kepala dan kaki. Pada masa tu, aku rasa memang dah macam Ultimate Worrior.

Aku main bawah katil. Bawah katil banyak kertas.

Dengan sengaja aku pasang ubat nyamuk(ubat nyamuk jenis bakar punya) kat bawah katil. Konon-konon nak tidur. Aku lupa pasang kaki ubat nyamuk tu. Just letak je atas kertas.

Dalam leka aku tergolek-golek, tetiba aku tengok kertas tadi terbakar. Mau tak cuak aku dibuatnya.

Aku lari kat bawah pastu masuk bilik angah. Terus aku lompat atas katil sambil menyerkup kepala dengan bantal. Dengan harapan aku akan tertidur.

Memang aku tertidur.

Agak-agak apa jadi dengan bilik tu?

Seingat aku, aku telah di bawa keluar dari bilik. Aku tak ingat siapa yang angkat aku. Tapi aku di bawa keluar dari rumah. Masa tu aku tengok ramai betul orang kat luar rumah. Siap ada lori warna merah. Boleh main tembak-tembak air pula tu kat rumah aku.

Aku tengok ibu dah nangis-nangis sebab ada orang simbah air banyak-banyak kat rumah aku.

So, untuk menunjukkan aku sejiwa dengan ibu masa tu, aku pun menangis.

"Uwek-uwek!" tangisan ku dengan begitu kuat.

Rupanya itulah insiden yang di panggil rumah terbakar.

Masa kejadian aku berusia 5 tahun, cuma berpendidikan tadika al-huda, dan pencapaian yang boleh dibanggakan masa tu cuma finalis karaoke anjuran awek sebelah rumah aku yang di panggil kak lang. Peliknya, setiap kali masuk mesti dia yang menang. Pastu aku asyik dapat no-2.

Main tipu la dorang tu. Kadang-kadang terbakar juga hati aku bila dorang announce keputusan karaoke tu.

Seingat aku, time tu laungan lagu sejati dendanganaku menjadi igauan mimpi ngeri buat jiran-jiranku. Mungkin power soul of rock aku kot..

Ulasan

Bejerd In Da House berkata…
mende! ultimate worrior main bawah katil..ape la yg ko cari kat bawah katil tu..kih..kih..kih..
amirahsyuhada berkata…
KURANG HASAAM!!!! Rupanya kaulah yang menjadi punca kebakaran kat bilik aku, sampai sekarang semua orang tertanya2 apa penyebabnya bilik tu terbakar, siap aku juga yang kena marah sebab dorang ingat aku tak buang ubat nyamuk, dah 20 tahun baru kau cakap, hampeh!!! Aku tak kira kau nak report gak kat ibu.
Mr feckry berkata…
Bejerd:lu pernah tengok wrestle lawan bawah meja? time tu aku imagine camtu la

Acik: perkara dah berlalu..biarkan berlalu..
Mr feckry berkata…
mana gila..cuma belum matang lagi
HLiza berkata…
Ha ah..dah berpuluh tahun baru kitan org tau..mati2 ingatkan dak acik punye kerja..ko memang malaun betullah masa tu..

Catatan popular daripada blog ini

Band Rimba Bara

Band rimba bara.

Mungkin lu orang tak pernah dengar nama band ni. Sebab band ni dah lama menyepi. Band sebenarnya berada di zaman masa lu orang hingus meleleh kejar-kejar dengan jiran main galah panjang.

Band Rimba bara ni memang pernah top dulu. Band ni femes dengan lagu anak etek tok wi, pukul berapa datok harimau, gelang si paku, dan beberapa lagi hits mereka yang pernah jadi igauan.

Kalau lu orang tak kenal, dia sebenarnya sezaman dengan Black Dog Free, Zurah Three, Amr Curl.

Inilah wajah vokalisnya. Nama vokalisnya adalah ZUL KAPAN. Dengar cerita band ni stop dan menghilang sebab vokalisnya telah menghilangkan diri. Gua pun tak tahu kenapa dia menghilangkan diri.

Sehingga kini kehilangan beliau sehingga kini masih menjadi tanda tanya.

Satu ketika dahulu vokalisnya pernah menjadi kegilaan remaja , rebelia, dan retua di zaman itu. Di mana-mana saja wajahnya terpampang di jadikan poster.

Beliau juga menjadi rebutan syarikat pengiklanan seperti, renoma, crocadile, dan hello kitties.

Kisah sk…

Oh mat Ganja

Oh mat ganja...
Batang betik botol coca cola
Ganja datang dari pulau jawa
Lalalala....

Pernah dengar lagu ni? Kalau main gitar code dia C, am, f, g.

Lagu ni tesen yang ajar gua( aku masih orientasi dalam guna ganti nama ini) main. Gua senang dapat lagu ni, pasal senang giler.

Gua nak cerita pasal ganja. Lu orang nak dengar or not itu lu orang pasal.

K, gua tahu story ganja dengan student IPT memang tak boleh di pisahkan. Bohong le kalau lu orang tak pernah dengar. At least yang awek tu, mesti pernah dengar classmate lu orang ambil benda ni kan.

Dalam pengalaman gua, gua tak isap. Tapi member gua dulu ramai yang isap benda ni. Ganja atau lebih dikenali sebagai canabis atau hemp memang top la bagi bebudak IPT. Pasal ini satu-satunya jenis dadah yang murah. Pasal tu Bob Marley tanam kat Jamaica pokok ni.

Meh gua nak cerita pasal bahayanya ganja bagi orang yang tak isap. Boleh sampai mati tau.

Cerita dia begini. Gua telah di datangi oleh member gua yang gua panggil Fabb. Dalam gua lepak dengan di…

Telur separuh masak

Makanan berkhasiat penting untuk diet yang sihat. Kalau makan junk food je, pastu konon tak makan nasi, ayam, daging...mana boleh.

Sebenarnya protien gua dah habis. So, gua tak nak ambil protien untuk muscle lagi. Alasannya adalah sebab costnya mahal. Sebagai alternatif lain, gua tukar protien susu tu dengan makanan yang berprotien.

Atually gua masih lagi amalkan diet tak makan nasi. Tapi gula gua dah start minum dah. Tak pantang, dah minum macam biasa dah. Sebab gua pernah try, tanpa protien muscle tu dan diet tak makan nasi dan dan tak sentuh gula badan gua memang tak boleh tahan. Dulu masa ada protien muscle tu badan gua steady je.

Setelah gua tanya dengan otai2 bina badan, dorang kata telur separuh masak adalah alternatif yang terbaik. Sebab dia mengadungi jumlah protien yang banyak. Tapi mesti sepruh masak. Jangan pula di goreng. Tapi kalau rebus ok.

Telur separuh masak bagus untuk dijadikan breakfast meal. Setakat ni gua cuba makan telur sepruh masak dua biji masa breakfast. Sebab g…