Salah ke sambut valentine?

Dulu masa sekolah masa naik basikal aku selalu cakap," panas la.."

Pastu member aku mesti cakap," ala kat akhirat lagi panas."

Sekarang ni kalau korang pearasan, cuaca panas gila. Kat Office aku sampai terpaksa maintanance tambah power econ. Serius memang panas.

Ok, gua nak cerita pasal Happy valentine. Ceh gua..tak salah ek kalau kali ni pakai ganti nama gua. (Nampak macam trend muda mudi alaf baru)

Sengaja hari ni gua nak citer pasal Valentine. Pasal banyak pendapat yang bercanggah-cangah. So gua nak bagi pedapat gua. Secara tegas gua mengatakan boleh menyambut valentine. Tetapi biar beradap sikit.

Orang salah anggap, hari valentine mesti di sambut dengan buat benda tak elok. Kalau tau tak elok lu orang jangan la buat.

Sejarah valentine ni terjadi berkisarkan kasih sayang seorang bapa pada anaknya. Kita ambil intipati kasih sayang le. Tapi tidak semestinya mesti nak sambut kena ada awek. Aku ada story, seorang anak membelikan bunga pada ibunya sempena hari valentine. Apa lu orang rasa? Lagi best perasaan kasih sayang tu kan.

So, kenapa mesti cakap haram dah tak boleh sambut. Pada gua boleh, tapi tengok cara lu orang sambut. Lu sambut cara salah, jadi salah la.

Sama juga hari ibu, lu orang sambut. Tapi tak pula cek history hari ibu yang sebenar apa?

Tapi April Fool gua memang sarankan lu orang jangan sambut. Pasal history dia tak elok. Tentara islam tertipu dengan tentera kafir.

Gua teringat satu cerita, ini cerita benar. Seorang muallaf(saudara baru islam) telah membawa seluruh keluarganya memeluk agama islam. Namun cabaran dia hadapai sangat dahsyat. Sehinggakan saudara-maranya mengugut untuk membunuh mereka. Saudara muallaf ni dah tak tahan. Dia minta perlindungan pada polis dan juga jabatan agama ISlam.

Sehingga satu malam, ancaman tu menjadi kenyataan. Beliau sekeluarga di bunuh kerana berdegil mahu kekal dengan agama Islam . Yang paling sadis sekali gua rasa anak baby muallaf tu di bunuh juga. Bayangkanlah betapa seorang ayah yang sedaya upaya menyelamatkan keluarga demi agama.

Allah Maha Penyayang. Maka mereka sekeluarga syahid malam itu. Tahukah lu orang malam apa itu?

Malam Valentine.

Gua ulang, pada malam valentine, seorang bapa dengan perasaan kasih dan sayang pada agama Islam telah berjuang pertahankan agama. Dengan perasaan kasih dan sayang beliau cuba selamatkan nyawa keluarga dia sendiri.

Seriusly gua tabik pada muallaf tu. Berjaya membawa keluarganya memeluk agama Islam dan membawa sekali menjadi pada syuhada.

Itulah nilai kasih sayang. Ini cerita betul dan telah di dedahkan oleh seorang peguam di Malaysia.

Mungkin lu orang kata itu kebetulan dengan hari valentine. Tapi, just fikir, tuhan tak jadikan sesuatu dengan hanya alasan kebetulan.

So gua sedekah al-fatiha pada mereka ini.

Kali ni meggy gua belum kembang..pasal gua belum sempat jerang air lagi..
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

19 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Flasher bodoh!

Band Rimba Bara

Silat Pengantin