Thug of War



Clip ni gua baru bikin. Gua malas nak upload banyak-banyak gambar masa Karnival kejohanan Sukan Masjid-Masjid ni. Pasal banyak sangat. So kalau lu orang tak bizi dan ada masa terluang lu orang cuba la tekan button play. Clip ni adalah rakaman perlawanan akhir Thug of War anjuran Karnival Sukan Masjid-masjid Daerah Petang Negeri Selangor.



Buat pertama kali gua join sukan yang di anjurkan oleh masjid. Weekend yang lepas gua telah di panggil oleh kelab Jerung untuk bersama turut serta pertandingan tarik tali. Pertandingan ini merupakan salah satu acara dalam Karnival Sukan Masjid-Masjid daerah Petaling Negeri Selangor.

Team gua telah mewakili masjid Bukit Bandar Puchong. Dengan berkat ketabahan dan kudrat dari Allah s.w.t team gua telah menjuarai acara tarik tali itu.

Ok lu orang mesti tak berapa minat ataupun faham tentang sukan ni. Meh gua Story sikit. Tarik tali ataupun Thug of War sebenarnya sangat terkenal di lu ar Negara. Namun di negara kita sukan ini telah di anak tirikan sehigga cuma dijadikan sebagai acara untuk sukaneka.

Sebenarnya Malaysia telah menduduki ranking no 3 dunia dan no 1 asia dalam sukan ini. Di luar negara sukan ini menerima sambutan yang luar biasa. Seoalah sukan bula sepak. Acara ini biasanya diukur menikut berat. Contohnya setiap kejohanan telah menetapkan berap jumlah berat sesebuah pasukan itu. Jika lebih mereka tidak dibenarkan masuk.

Untuk kejohanan sabtu lepas, pihak penganjur menetapkan 640kg untuk setiap pasukan. Setiap pasukan hanya boleh disertai oleh lapan ahli sahaja. So pandai- pandai la pengurus pasukan nak letak player dia macam mana.

Tu je serba sedikit pasal Thug of war.

Gua rasa macam best sikit karnival ni. Sebab gua agak tak sangka la, sukan ini di anjurkan oleh pihak masjid. Terharu dengan dorang. Mereka sebenarnya memerah kepala otak untuk mengimarahkan masjid.

Syabas la pada pihak penganjur. Lepas ini ada lagi kejohanan Thug of War. Tadi coach gua call soh turun trainning.

Tapi gua rasa macam nak pergi gym petang ni. Camne ek?
Mr feckry

yang terpuji fikiran ku

14 Ulasan

Please Select Embedded Mode To Show The Comment System.*

Terbaru Lebih lama

Popular Items

Filem susuk

Band Rimba Bara

Silat Pengantin